,
Laman Utama

"Saya Jarang Nak Pertahankan Diri Tapi..."- Dituduh Punca Perbalahan Fyna Jebat & Madu, Janna Nick Bagi Bukti Skrip!

Syafiqah Jalal
25/01/2023
23:10 MYT
Pelakon dan pengacara, Janna Nick tampil mempertahankan diri selepas didakwa telah menjadi punca penyanyi Fyna Jebat bergaduh dengan madunya yang juga isteri pertama bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan.
Janna tampil menjernihkan keadaan supaya semua pihak jelas dengan situasinya terutama kepada pelakon veteran yang dimaksudkannya.
“Saya jarang hendak mempertahankan diri tetapi apabila ada pelakon veteran menuduh secara membabi buta mengatakan saya sengaja hendak sakitkan hati isteri pertama, memang jadi marah.
"Sedangkan saya langsung tidak tahu mengenai kewujudan isteri pertama dan masalah rumah tangga yang dilalui mereka. Konon saya pula punca berlakunya kejadian tarik-menarik rambut,” katanya.
Janna berkongsi penjelasan itu dalam satu entri Instagram hari ini.
Menerusi hantaran tersebut dia memuat naik semula sedutan sewaktu bersama dengan Fyna dan kakaknya Ayda Jebat dalam program nyanyian tersebut pada Ahad.
Malah Janna turut tampil dengan bukti skrip yang disertakan dalam kemas kini itu untuk mempertahankan dirinya.
Janna juga telah meminta maaf jika ada yang tersinggung dengan dialognya dalam program berkenaan
“Konsep Famili Duo berkonsepkan kekeluargaan dan memang soalan tentang suami, anak , isteri, ibu dan bapa yang sering ditanya. Lebih-lebih lagi jika suami mereka agak dikenali.
“Ini merupakan kenyataan terakhir, jangan libatkan saya dalam masalah rumah tangga orang lain.
“Saya juga memohon maaf secara terbuka kepada isteri pertama tersebut sekiranya gurauan itu telah menyakitkan hati,” katanya lagi.
“Saya sertakan skrip yang ditandakan dengan warna merah membawa maksud wajib tanya.
“Sebagai pengacara, saya akui segala kekurangan adalah kelemahan sendiri dan yang baik itu daripada Allah SWT,” ujarnya.
Sejak Ahad lalu, Janna dituduh menjadi punca tercetusnya perbalahan antara dua isteri seorangbekas jurulatih bola sepak kebangsaan seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.
Disebabkan gurauan tersebut, Azhar Sulaiman menerusi Instagram meminta produksi program TV berkenaan berhenti membuat jenaka tentang perkahwinan Fyna dan Zainal bagi menjaga perasaan isteri pertamanya, Datin Zalina Zaini.
Terdahulu, pada 9 Januari lalu, Fyna mengesahkan sudah bernikah dengan Zainal namun tidak mendedahkan secara terperinci tentang perkahwinan mereka.
Cerita pernikahan pasangan tersebut masih hangat diperkatakan sehingga hari ini apabila timbul dakwaan penikahan mereka tidak diketahui oleh isteri pertama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Tak Tenang Aslam Buat Live Bersama Umisya, Empunya Badan Respons: “Korang Jangan Gaduh, Aslam Ada Giliran Dia”

gempak
28/08/2024
08:55 MYT
Umisya Mazlan yang juga madu kepada anak selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania mencuri perhatian warganet.
Hiburan

Netizen Kurang Senang Umisya Mazlan Berbaik Dengan Marissa Dania, Ini Respons Empunya Badan

gempak
25/08/2024
03:30 MYT
Umisya Mazlan yang juga madu kepada anak selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania, tampil bersuara mengenai sikap netizen yang kurang senang dengan hubungannya bersama Marissa.
Hiburan

Umisya Mazlan Urus Jenazah Bayi Marissa Dania, Turut Sedih - Kakak

gempak
25/08/2024
01:23 MYT
Baru-baru ini kecoh mengenai berita anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim telah kehilangan cahaya mata pertama akibat pramatang.
Hiburan

Didakwa Gagal Bayar Deposit & Pecat Penulis Skrip, Noraniza Idris Tampil Jawab Tuduhan - “Bila Masa Aku Lantik, Kau Fitnah Aku..”

gempak
09/08/2024
10:01 MYT
Didakwa telah memecat salah seorang daripada pasukan Konsert Qalam dan enggan membayar deposit hasil kerja, Ratu irama Malaysia, Noraniza Idris tampil menjawab tuduhan berkenaan.
Hiburan

Datang Nak Bergambar, Sempat ‘Offer’ Mek Yun Jadi Madu - “Nak Jadi Bini Nombor Dua Suami Saya Tak?”

gempak
06/08/2024
08:55 MYT
Pempengaruh media sosial yang juga pelakon Mek Yun mendedahkan dia ditawarkan untuk menjadi isteri kedua kepada seorang wanita yang secara tiba-tiba datang untuk bergambar dengannya.