Gaya Hidup

Saya Kerap Makan Untuk Kurus - Erra Fazira

gempak
Ahmad Shah
30/08/2016
07:14 MYT
Sponsor Banner
Saya Kerap Makan Untuk Kurus - Erra Fazira
Pelakon Erra Fazira tidak percaya menahan lapar boleh menurunkan berat badan kerana baginya makan dengan kerap lebih baik jika sedang berdiet.
Erra Fazira berkata untuk mengekalkan tubuh badan yang cantik dan sihat, dia mengamalkan diet sihat dan makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit.
“Diet ada maam-macam, saya pernah dengar tentang diet atkins yang mengehadkan pengambilan karbohidrat dan sebenarnya tidak boleh mengambil karbohidrat langsung.
“Saya tak percaya kalau nak diet tak perlu makan, kerana cara diet saya lain. Apa yang saya amalkan selamai ini adalah saya perlu makan. Makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit.
“Cara ini berkesan kerana saya mahu jentera dalam badan saya bekerja dan tidak malas. Jika kita tidak makan, motor dalam badan kita tidak bergerak dan tidak dapat memproses sistem dalam badan,” katanya kepada Suudu ketika ditemui selepas pelancaran dua wangian Lovable dan Forget Me Not.
Selain itu, Erra turut berkongsi satu lagi tips iaitu makan malam seawal jam enam petang serta hanya makan buah-buah tertentu.
“Salah satu cara diet saya untuk menjaga badan, saya cuba elak makan malam selepas waktu enam petang.
“Saya akan makan makanan yang berat sebelum jam enam petang dan pada sebelah malam jika saya lapar pun saya hanya akan alas perut dengan buah-buahan.
“Buah-buahan yang saya ambil selalu pun hanya epal hijau, pear atau jambu batu,” katanya.
Sementara itu dapatkan serta ikuti beberapa tips gaya hidup sihat yang boleh diamalkan untuk tampil cergas dalam program BHealthy yang disiarkan setiap hari Ahad, jam 7 malam di saluran Astro Bella (133) dan Mustika HD (134).
Bagi mendapatkan resepi yang enak dan ringkas tetapi menyihatkan juga anda boleh memuat turun aplikasi Suudu menerusi Google Play dan App Store di telefon pintar anda.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live