Laman Utama
“Saya Kuarantin Di Rumah, Intan Di Hospital Kerana Hamil 7 Bulan…” – Harris Alif
Suami kepada pelakon Intan Ladyana mengesahkan dia dan isteri positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin.
Harris atau Nor Harris Alif Nor Rashidi berkata, isterinya dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh kerana sedang hamil tujuh bulan.
Sementara itu, Harris hanya perlu menjalani kuarantin di rumah.
"Alhamdulillah, semuanya okay. Intan kena pergi hospital sebab dia hamil. Jika positif dan tidak hamil, dia boleh kuarantin bersama di rumah.
"Saya pula menjalani kuarantin kendiri di rumah sahaja. Sebaik sahaja tahu positif semalam, terus Intan dibawa ke hospital.
“Setakat ini keadaan saya baik-baik sahaja. Intan juga…Doakan kami cepat sembuh dan terima kasih kerana ingatan dan doa,” katanya.
Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada 5 Februari lalu.
Must-Watch Video