Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Wann Rashidah yang tersingkir di konsert separuh akhir yang lalu akui terharu apabila menerima kata-kata semangat daripada peminatnya.

Menurut Wann dia lebih sedih apabila mendapat tahu ramai yang telah menyokongnya.

“Saya kuat di stage hari itu, tapi bila balik, baca text dari kawan-kawan dan peminat terus meleleh sebab terharu dengan sokongan anda,” tulisnya.

Wann berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya.

BACA: “Ada Hikmah Saya Tidak Ke Final Sebab...”- Wann Dah Jangka Tersingkir Di Konsert Separuh Akhir GV2019

Dalam Separuh Akhir GV2019, Wann menyanyikan lagu Dua Insan duet dengan Zarul Umbrella serta lagu solo Ku Gembira Di Sampingmu.

Selain Wann, Noorshila Amin juga menerima nasib sama apabila bintang itu turut tersingkir pada konsert separuh akhir itu.

Noorshilla membawa lagu Kerna Terpaksa dan Dialah Di Hati (duet bersama Ifa Raziah) manakala Wann menyanyikan lagu Ku Gembira Di Sampingmu dan Dua Insan (duet bersama Zarul Umbrella).

Hady Mirza pula berjaya menggungguli kedudukan tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 82 peratus menerusi lagu All My Life dan Takdir Tercipta (duet bersama Dia Fadilla).

Untuk rekod, GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Jika anda terlepas menonton konsert minggu ketiga GV2019 atau ingin menonton secara 'live streaming'.

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

GV2019 turut ditaja bersama oleh Adabi, Cuckoo, Powercat, Uphamol dan Digi selaku telco rasmi.

?saya kuat di stage hari itu, tapi bila balik, baca text dari kawan-kawan dan peminat terus meleleh sebab terharu dengan sokongan anda❤

A post shared by Wann (@wann_rashidah) on