BERITA
“Saya Mahukan 3 Orang Anak”- Isteri Baim Wong Disahkan Hamil
Pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong mengesahkan bahawa isterinya kini sedang hamil anak pertama.
Menurut laporan Kapanlagi.com, Baim telah berkongsi berita itu menerusi sebuah video di YouTube, Ria Ricis kepada pengikutnya baru-baru ini.
"Ya, Paula Verhoeven sedang kini hamil. Kalau boleh saya mahukan tiga orang anak," katanya.
Namun menerusi video itu juga, Baim tidak berkongsi usia kandungan isterinya.
Baim Wong dan Paula telah sah menjadi pasangan suami isteri dengan sekali lafaz berserta mas kahwin sebanyak 11 gram emas pada 21 November tahun lalu dalam sebuah majlis yang penuh dengan tradisi.
Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu dihadiri oleh ahli keluarga, kenalan rapat dan rakan selebriti lain.
Must-Watch Video