Penyanyi senior, Rahim Maarof menjelaskan dia masih aktif membuat persembahan walaupun jarang muncul di kaca televisyen.
Menurut Rahim, dia sering menerima undangan persembahan di kelab jazz, hotel dan di majlis-majlis tertentu.
“Saya masih aktif memenuhi undangan persembahan cuma bukanlah dalam skala besar, selalunya saya akan menyanyi di kelab jazz, hotel dan di majlis-majlis tertentu.
“Kebiasaannya, penerimaan penonton sememangnya sangat positif kerana mereka sukakan lagu-lagu lama saya.
“Saya percaya, walaupun saya dan rakan artis lain sudah bergelar senior dan mungkin kurang mendapat tempat di kalangan golongan muda, tapi kami ada peminat setia yang telah lama mengikuti kami sejak dahulu,” katanya kepada Gempak.
Rahim mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 1975 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
Antara lagu malar segar yang didendangkan penyanyi ini adalah Istana Menanti, Cinta Kristal, Usang dan banyak lagi.
Kredit Foto : nst.com.my