Skip to main content

Berita Tempatan

“Saya Masih Di Singapura...Esok Pula Hari Jadi Saya...”- Ibu Mentua Zarina Zainuddin Meninggal Dunia

zarinazainuddinmak.jpg
Ibu mentua pelakon Zarina Zainuddin, Napsiah Ab Jalil menghembuskan nafas terakhirnya pada 6.45 pagi tadi.
 
Berita sedih itu disahkan sendiri oleh Zarina yang kini difahamkan berada di Singapura.
 
“Innalilahiwainnailairojiun mak mertua saya Napsiah binti Ab Jalil telah pulang ke rahmatullah pada jam 6.45 pagi ini 
 
“Mohon doakan alfatihah buat armahumah semoga rohnya ditempatkan di kalangaan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” tulisnya.
 
Zarina berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
 
Pun begitu, Zarina memberithau dia seperti tidak sempat untuk pulang ke Kelantan untuk menziarahi jenazah ibu mentuanya kerana masih mempunyai urusan di Singapura.
 
“Saya masih di Singapura tak terkejar nak balik kelantan. Esok pula harijadi saya Ya Allah tarikh keramat ini saya akan ingat selamanya,” katanya lagi.
 
Rata-rata mengucapkan takziah kepadanya serta mendoakan agar urusan keluarganya dipermudahkan.
 
Zarina berkahwin dengan suami, Datuk Seri Raihan Wan Jaafar sebagai isteri kedua pada Julai 1993.
 
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan 4 orang anak iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22 , Muhammad Naim Azraidan, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12 tahun.
 
 

Must-Watch Video

Advertisement