,
Laman Utama

"Saya Masih Kelu..."- Jadi Doktor Di Media Sosial, Dr Malar Terharu Terima Anugerah Pekerja Contoh 2023

Syafiqah Jalal
02/05/2023
00:35 MYT
Doktor serta pempengaruh, Dr Malar Santhi terharu apabila menerima Anugerah Pekerja Contoh pada Sambutan Hari Pekerja 2023 semalam.
Dr Malar tak sangka usahanya berkongsi ilmu dalam bidangnya di media sosial selain tugasan hakikinya sebagai doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Cheras, Selangor telah dihargai dan diberi pengiktirafan.
“Anugerah ini diberi kepada saya kerana khidmat doktor yang diberikan bukan sahaja di dalam tempat kerja sahaja, tetapi juga memikul tanggungjawab dan etika doktor di luar waktu kerja, dengan menjalankan tugas doktor di mana jua, pada setiap waktu.
“Dalam erti kata lain, sambil bekerja sepenuh masa ketika pandemik Covid-19 berlaku, saya juga meluangkan masa lapang untuk reach out kepada orang ramai sebagai doktor di media sosial, yang mana sekaligus memenuhi kriteria Anugerah Pekerja Contoh. Di dalam dan di luar waktu kerja katanya..
“Saya masih tak tahu adakah ini jawapan tepat..Saya masih tertanya tanya..Layakkah aku?Sesuai ke aku?Dan..Saya masih kelu..,” katanya.
Dr Malar yang popular dengan nama Celoteh Dr Malar itu berkongsi perasaannya selepas menerima anugerah berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Pun begitu wanita berusia 40 tahun itu, menganggap anugerah yang diterima sebagai pemangkin semangat untuk terus berkongsi tips kesihatan berguna kepada rakyat di negara ini.
“Demi #followerscelotehdrmalar dan mewakili semua frontliners di Malaysia, saya terima anugerah ini dengan penuh kesyukuran. ️
“Saya sedar dengan ini, tanggungjawab atas bahu ni makin berat. Namun, saya janji saya akan buat yang terbaik,lebih baik, selagi mampu,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Dr Malar turut mengambil peluang untuk berterima kasih kepada suami serta orang-orang tersayang yang banyak memberi sokongan terhadap kerjaya serta tanggungjawab sosial yang dilakukan selama ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video