Berita

“Saya Masih Lagi Belajar Untuk Membiasakan Diri Hidup Tanpa Bapa...”- Farahdhiya Ke Kubur Setiap Hari

gempak
Syafiqah Jalal
29/01/2020
12:41 MYT
Sponsor Banner
“Saya Masih Lagi Belajar Untuk Membiasakan Diri Hidup Tanpa Bapa...”- Farahdhiya Ke Kubur Setiap Hari
Penyanyi dan pelakon Farahdhiya bersyukur kerana hampir setiap hari dia akan melawat pusara bapanya, Mohd Amin Zubir, 68.
Farhdhiya atau lebih mesra dengan panggilan Farah akui dia masih mencuba untuk membiasakan hidup tanpa kehadiran seorang bapa.
”Alhamdulilah hari-hari dapat melawat rumah baru Dada (bapa) . Rumah baru kamu adalah tempat kegemaran dan paling bahagia untuk dikunjungi.
“Farah masih lagi belajar untuk membiasakan diri hidup tanpa seorang Dada,Farah tengah belajar macam mana mengikhlaskan sebuah pemergian walaupon I know I will never recover from the pain of losing u,someone that means the world to me,someone so important to me,” tulisnya.
Pelantun lagu Bertakhta Di Hati berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut Farah memuat naik fotonya yang manis berhijab penuh.
Arwah yang meninggal dunia pada 9 Januari lalu menghidapi masalah Sekatan Pulmonari Kronik (COPD).
Farah dan bapa tinggal bersama sehingga bapanya menghembuskan nafas terakhirnya di usia 68 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live