Laman Utama

"Saya Memang Free Hair, Bukan Dah Free Hair" - Ashira Kata Tak Semua Wanita Tak Bertudung Jahat & Keji

gempak
Amri Hassan
11/06/2022
12:51 MYT
Sponsor Banner
"Saya Memang Free Hair, Bukan Dah Free Hair" - Ashira Kata Tak Semua Wanita Tak Bertudung Jahat & Keji
Bintang Gegar Vaganza 2021, Ashira Aziz rimas dengan komen dan kiriman mesej langsung dari pengguna media sosial mempersoalkan tindakannya tidak berhijab.
Jelas Ashira, dia masih dalam proses belajar untuk menjadi muslimah lebih baik namun belum pernah memberitahu telah secara rasmi bertudung sebelum ini.
"Susah-sudahlah PM, DM, komen 'dah free hair ke?'. Saya memang free hair bukan dah free hair. Ya, saya pakai tudung kadang-kadang sebelum ini mencuba dan memang ada terasa nak ke arah itu, salah ke?
"Masih belum sempurna dan saya tak pernah cakap saya dah bertudung sepenuhnya secara official! Orang tanya pun saya jawab 'tak berani nak cakap, doa yang baik-baik'," tulisnya menerusi Instagram Stories.
Dalam pada itu, Ashira menyifatkan proses untuk istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara itu bukan mudah.
"Nak berubah memang senang, cakap jer terus boleh buat tapi istiqamah itu yang susah. Tak ada bayi baru lahir esok boleh terus berjalan. Step by step.
"Satu yang saya percaya, Allah tu Maha Adil, saya percaya aturan Dia.
"Daripada nak mengecam tanpa tahu hujung pangkal cerita baik doa yang baik-baik untuk diri sendiri dan keluarga. Jelas ya jangan komen yang bukan-bukan lagi kat FB, IG dan TikTok.
"Saya hanya manusia biasa, banyak lagi yang perlu diperbaiki. Tiada lagi penjelasan selepas ini," tambahnya.
Kata Ashira lagi, tidak semua individu yang tidak berhijab itu tidak baik, begitu juga sebaliknya.
"Tak semua manusia yang tak bertudung itu hina dan keji atau jahat ya. Kadang-kadang yang bertutup lagi hitam hati daripada tidak bertutup, ramai depan mata saya macam-macam dah saya lihat.
"Sudah-sudahlah ambil tahu hal orang lain. Saya tak kacau hidup sesiapa pun," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live