gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Skandal Seks 'Uncle Red' Terbongkar
HIBURAN
CEO Astronomer, Andy Byron Diserang Spekulasi Hubungan Sulit Selepas ‘Kiss Cam’ Coldplay
HIBURAN
Hawa Rizwana Terkejut Dengar Kanak-Kanak Keluar Kata-Kata Kesat - “Baru Umur 9, 10 Tahun, Bercakap Seolah Perkara Biasa…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

"Saya Mengaku Pernah Hubungi SPRM" - Sharnaaz Dedah Kegiatan Haram Terakhir Yang Pernah Dilakukan Adalah....

ZULHILMI JALIL
ZULHILMI JALIL
20/10/2020
15:20 MYT
Sponsor Banner
"Saya Mengaku Pernah Hubungi SPRM" - Sharnaaz Dedah Kegiatan Haram Terakhir Yang Pernah Dilakukan Adalah....
Pelakon Sharnaaz Ahmad memberitahu dia tidak ada menerima sebarang panggilan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi kenyataan dalam membantu siasatan berhubung kes penggubahan wang haram Macau Scam dalam kalangan selebriti.
Begitupun, menurut Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 35, dia mengakui pernah menghubungi sendiri SPRM untuk memberikan keterangan sebelum ini.
"Belum ada sebarang panggilan saya dapat setakat ini daripada SPRM. Namun, saya sudah bersedia untuk memberikan kerjasama penuh jika dipanggil.
"Saya mengaku pernah menghubungi SPRM bagi memberi keterangan sebaik isu terbabit menjadi bualan. Apapun, butiran maklum balas SPRM adalah sulit untuk saya kongsikan," katanya seperti yang dilaporkan portal Harian Metro.
Pada masa sama, katanya, dia tidak perlu berasa gusar dan takut kerana tahu dirinya tidak bersalah.
Tegasnya, dia juga tidak pernah terlibat dalam sindiket berkenaan.
"Kegiatan haram terakhir yang pernah saya lakukan adalah kuda longkang. Itu pun masa saya masih di zaman persekolahan.
"Itu pun kalah sebab saya memang tiada bakat dalam perjudian. Saya cuma ada bakat dalam memikat hati dinda (perempuan) sahaja," selorohnya.
Dalam pada itu, kata Sharnaaz dia turut menzahirkan rasa syukur dengan perniagaan tidak terjejas biarpun jenama diusahakannya itu terpalit dengan isu penggubahan wang haram baru-baru ini.
"Syukur, perniagaan saya masih berjalan seperti biasa. Namun, agak terjejas sedikit daripada segi jenamanya sajalah," katanya.
Sementara itu, Gempak yang cuba menghubungi Sharnaaz menerusi aplikasi Whatsapp, bagaimanapun belum menerima sebarang respons.
Terdahulu, media melaporkan dua artis terkenal yang terlibat dalam bidang lakonan dan pengacaraan bakal dipanggil SPRM untuk membantu siasatan kes terbabit.
BACA: Macau Scam: Tiada Artis Tampil Secara Sukarela, Pelakon Lelaki & Pengacara Wanita Popular Dipanggil SPRM
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
#Sharnaaz Ahmad
#SPRM
#Macau Scam
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement