Laman Utama

"Saya Mengaku Saya Bodoh" - Janna Nick Akhirnya Mohon Maaf

gempak
Asraf Aided
02/02/2021
09:20 MYT
Sponsor Banner
"Saya Mengaku Saya Bodoh" - Janna Nick Akhirnya Mohon Maaf
Pelakon Janna Nick tampil membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran bertelingkah dengan netizen di Twitter bulan lalu.
Permohonan maaf itu dibuat menerusi sebuah video berdurasi 2 minit 16 saat yang dikongsi di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Dalam video tersebut, Janna akui kesilapannya bergaduh dengan netizen itu sebagai satu perkara bodoh.
"Saya buat video ini untuk membuat pernohonan maaf secara terbuka kepada semua yang tengok video ini, kepada semua yang sakit hati dengan Janna Nick.
"Jadi, saya minta maaf sangat-sangat, tak tahulah, saya rasa saya mulakan tahun 2021 ini dengan negatif, gaduh dengan netizen, bodohnya lah aku ni, okay saya mengaku saya bodoh, saya lah 'loser' itu, saya tak patut pun gaduh dengan netizen," katanya.
Dalam pada itu, Janna juga tersentuh kerana setelah apa yang terjadi, peminat masih memberikan sokongan terhadap produk lakonannya.
"Bila drama saya keluar, bila Melastik Ke Hatimu keluar, apabila anda sokong drama itu, jadikannya trending, dan betul-betul suka drama tu, saya rasa sedih sangat.
"Saya gaduh dengan orang, gaduh dengan peminat, gaduh dengan orang yang sokong saya, tapi korang jugalah yang support drama saya.
Pada masa yang sama, Janna juga memohon maaf atas kenyataannya yang seakan membezakan golongan artis dan orang biasa sebelum ini.
"Janna satu netizen kosong itu mengarut saja! saya minta maaf sangat-sangat, saya tak nak gaduh lagi dengan korang.
"Kenyataan saya pasal orang biasa dengan artis tu, saya betul-betul tiada niat nak bezakan artis dan orang biasa, tapi saya tetap mengaku salah saya.
"Di sini saya nak beritahu, artis pun orang biasa juga, saya orang biasa, saya buat salah saya minta maaf. Saya di sini harap sangat anda maafkan saya, saya cuma nak mulakan tahun 2021 ini dengan positif," katanya lagi.
Terdahulu, Janna mengundang perhatian apabila sering berbahas dengan netizen mengenai beberapa isu.
Janna juga akan muncul dengan drama terbaharunya, #MarryMeSenorita berganding dengan kekasihnya, Dini menerusi slot Megadrama di Astro Ria bermula malam ini.
BACA : "Oi Beruk, Filem Malaysia Ada Je Yang..." - Janna Nick Bertelagah Dengan Netizen, Kenapa Pula Tu?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live