Laman Utama
"Saya Menjerit..." - Vivy Yusof Berdepan Detik Cemas Penyeluk Saku Di London, Mujurlah Ada...
Usahawan selebriti dan pengsohor media sosial, Vivy Yusof kini berada di London, England bagi menghabiskan masa bersama suami dan empat orang anaknya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Vivy sempat berkongsi pengalamannya hari pertama menguruskan keluarga selain mendedahkan yang dia hampir diseluk saku di Oxford Street.
“Tidak cukup tidur sebab perjalanan yang jauh. Tukar lampin pakai buang 6,745 kali. Idris makan banyak dan kerap buang air besar.
Advertisement
“Mariam dan Sarah sentiasa bertengkar. Sarah mahukan gaun puteri dan mahukan Kakak terbang ke London untuk menghantar baju itu. Daniel menangis ketika sedang makan tengah hari kerana ketiadaan Wifi di apartment dan dia mahu pulang ke Malaysia.
“Saya hampir diseluk saku di Oxford Street ketika mendukung Diris sementara satu tangan lagi memimpin Sarah.
“Wanita itu masukkan tanggan dalam bag saya dan kawan wanita itu sudah bersedia untuk menerima barang yang diseluk,” katanya.
Vivy menjelaskan, mujur terdapat banyak lampin pakai buang dalam begnya sehingga menyukarkan si penyeluk saku untuk mengambil barangan berharga.
“Syukur lampin pakai buang Idris berada di atas. Saya menjerit kepada dia dan kawannya. Jangan main-main dengan mak mak,” katanya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video