gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Selesa Mengacara, Ashmirul Tak Tolak Jika Terima Banyak Tawaran Pengacaraan - “Saya Nak Tengok Sejauh Mana…”
HIBURAN
Mawar Rashid Kena ‘Tampar’ Dengan Janna Nick Gara-Gara…
HIBURAN
“Kita Ada Scene Berkejaran…” – Amira Othman Masuk Set Penggambaraan? Netizen Teruja Siap Teka Dengan Fattah Amin
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

ASTRO GEMPAK ARTICLE

“Saya Mimpi Ayah Cakap Jangan Sedih, Jaga Kakak Dari Jauh” - Anak Mangsa Kemalangan Sungai Korok

gempak
gempak
07/07/2025
08:25 MYT
Sponsor Banner
“Saya Mimpi Ayah Cakap Jangan Sedih, Jaga Kakak Dari Jauh” - Anak Mangsa Kemalangan Sungai Korok

"Pagi tadi saya mimpi ayah cakap jangan sedih, kami (ayah dan ibu) akan jaga kakak dari jauh, ramai akan ambil berat pasal kakak.

"Saya terjaga dan terus ke ruang tamu dapatkan tok (nenek) dan tok saudara dan nampak mereka sedang menangis dan cakap... 'kakak, jangan sedih, kami akan jaga kakak'. Masa tu baru saya tahu ayah, ibu serta adik-adik dah meninggal dunia," kata Puteri Qisya Nur Izzat, 12.

Puteri Qisya adalah anak sulung pasangan suami isteri, Mohamad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khalijah Razman Efendi, 31, yang maut dalam kemalangan di Sungai Korok, Alor Setar, Kedah.

Turut maut dalam kemalangan itu, Putra Rayyan Nur Izza, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8; Annayla Humaira Nur Izzat, 7; dan Tuah Haydar, enam bulan.

Menurutnya, dia terkejut dengan apa yang berlaku dan tidak akan melupakan mimpi bapanya itu.

"Pada mulanya saya nak ikut mereka, tapi rasa berat sangat. Selalunya saya ikut, tapi malam itu saya agak malas. Mereka benarkan saya tinggal di rumah nenek saya di Jerlun.

"Apabila saya bangun, saya melihat berita... mereka semua sudah tiada," katanya ketika ditemui Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.

Puteri Qisya, anak sulung pasangan suami isteri itu kini hidup yatim piatu selepas kehilangan ibu bapanya sekelip mata.

Katanya, dia kini satu-satunya ahli keluarga yang masih hidup, tinggal bersama saudara-mara di Jerlun.

"Buat masa ini saya akan tinggal dengan tok di Jerlun, saya tak tahulah apa yang berlaku lepas ini selepas ayah dan ibu dah tiada," katanya.

Enam sekeluarga itu dilaporkan hilang pada hari Sabtu lalu selepas pulang dari bermalam di rumah ibu saudaranya di Taman Seri Aman, di Jitra.

Kesemua mereka dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di Jerlun disebabkan Mohammad Azim Izat hendak masuk kerja sebagai pengawal keselamatan pada pagi hari kejadian.

Bagaimanapun, kesemua mereka tidak sampai ke rumah menyebabkan ibu mentua Mohamad Azim menghubungi adik arwah, Nur Adliah Syuhada Ishak, 26, berhubung perkara itu.

Namun Nur Adliah memaklumkan mereka sudah tiada di rumahnya dan cuba menghubungi telefon bimbit abangnya tetapi gagal.

Sumber: Harian Metro

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement