Pelakon dan pengacara Sarah Hildebrand membuat kejutan apabila secara tiba-tiba mengumumkan persaraannya daripada industri seni hiburan, semalam.
Sarah atau nama penuhnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 32, memberitahu dia meminta maaf kerana terpaksa tolak pelbagai tawaran berlakon dan mengacara sebelum ini.
“Saya ingin membuat pengumuman bahawa saya telah bersara daripada industri seni hiburan Malaysia. Saya sudah lama menolak pelbagai tawaran untuk berlakon dan juga mengacara.
“Saya minta maaf kerana menolak banyak tawaran daripada produksi. Saya minta maaf kerana tidak memberikan respons. Saya mengumumkan bahawa saya telah bersara,” katanya.
Sarah membuat pengumumam tersebut menerusi sebuah video yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya.
Sarah turut mengucapkan penghargaan kepada ramai pihak kerana memberi peluang kepadanya untuk bergelar pelakon selama lebih kurang 10 tahun bertapak dalam industri.
“Selamat tinggal semua. Terima kasih kerana menerima dalam dalam industri selama lebih kurang 10 tahun dan mencipta pelbagai memori manis ketika bergelar seorang pelakon.
“Saya akan abadikan pengalaman indah ini sebagai kenangan. Terima kasih kerana pengalaman sebagai pelakon dan pengacara ini membantu saya untuk menjadi lebih matang. Jumpa anda di lain masa,” jelasnya lagi sambil memberi hadiah ‘flying kiss’ dihujung video tersebut.
Sekadar info, selepas putus tunang dengan pengacara Nabil Mahir, Sarah berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Amerika Syarikat bernama Otto Gillen pada 3 November 2019.
Pada 2020, Sarah memberitahu dia tidak lagi bertudung dan penampilan terbaharunya itu mendapat sokongan daripada suaminya.
Syafiqah Jalal
Mon Apr 18 2022


Ramai Teruja Aliff Aziz Kembali Berlakon! Comeback Dalam Jodohku Babysitter Dengan Intan Najuwa - "Tak Sabar Tunggu"
Jodohku Babysitter gandingkan Aliff Aziz dan Intan Najuwa!

Aiman Hakim 'Tertekan' Jadi Park Seo Joon Versi Malaysia - "Saya 'Diharamkan' Tengok She Was Pretty Versi Asal"
Aiman Hakim bintangi She Was Pretty versi Malaysia.

Dedah 2 Kali Terima Jemputan Haji, Alif Satar Gembira Ibu Bapa Terima Panggilan Dahulu
Alhamdulilah...

Mahkamah Kekalkan Ira Kazar Tak Boleh Ganggu Puteri Sarah
Keputusan terkini mahkamah

"Kita Takkan Biar Perlakuan Tak Senonoh ..." - JHEAT Siasat Video Pelanggan Peluk Wanita
Kedai viral di Terengganu dalam pemantauan..
.jpg?ext=.jpg)
Dahlah Disaman Bekas Pengurus RM13 Juta, Ricky Martin Didakwa Pula Lakukan Keganasan Domestik?
Dua masalah datang serentak!

"Moga Dapat Haji Mabrur, Istiqamah Bertudung & Tutup Aurat" - Netizen Panjat Doa Buat Nelydia Senrose
Semoga dipermudahkan.

#HisteriaTheSeries: Alia & Putri Akhirnya Jumpa Murni! Giliran Siapa Pergi Ke Ladang Kelapa Sawit Berhantu?
Episod paling mengejutkan!

“Musnahlah Karier Ku…”- Jadi Pelupa, Nabila Huda Cari Penawar
Alahai macam mana tu?

“Kesian Anak-Anak Macam Ada Kekurangan” - Polemik Rumah Tangga, Netizen Luah Perasaan Kasihan Pada Anak-Anak Puteri Sarah
Netizen support Puteri Sarah