,
Laman Utama

“Saya Minta Maaf…”- Misha Omar Tiada Niat Menyentuh Hati Wanita Yang Sedang Berusaha Dapatkan Zuriat

Syafiqah Jalal
20/02/2022
11:38 MYT
Penyanyi Misha Omar memohon maaf kepada wanita yang sedang berusaha mendapatkan zuriat.
Kata Misha, 40, dia menyedari ada wanita yang terasa hati atau sensitif apabila mendapat tahu dia kini sedang menjalani rawatan kesuburan IVF (persenyawaan in-vitro).
“Saya tidak mahu bercerita lanjut lagi mengenai rawatan kesuburan yang saya lakukan ini. Cuma buat masa sekarang ni saya minta doakan sahaja. Sekiranya dah berhasil nanti saya akan beritahu.
“Bukan apa, rupanya selama ini bila saya kongsi mengenai ini secara terang ada wanita yang sedang struggle untuk mendapatkan anak terasa hati. Saya faham dalam soal zuriat ini semua orang sensitif.
“Jadi saya minta maaf jika ada yang terasa hati itu.,” katanya kepada Astro Gempak.
Misha ditemui selepas makan malam amal Bunga Bunga Cinta Misha Omar Charity & Fundraising Gala Dinner di Hotel Royale Chulan, malam semalam.
Terdahulu, di Instagram Misha pernah mendedahkan dia menjalani rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan untuk menimang cahaya mata kedua.
Malah, dia juga mencipta tanda pagar #menjejakkhadeja kerana berhasrat memiliki anak perempuan. Tambah Misha dia tak menyangka perkongsian dia itu menyinggung ramai pihak.
“Saya ingat saya mahu memberi kesedaran sahaja bahawa meskipun usia saya sudah lewat tetapi tidak pernah putus asa.
“Saya nak beritahu kita sama sedang berusaha, tak kiralah say ani artis ke orang bias aitu semua rezeki dari Allah.
“Jadi jangan pandang dari sudut yang sedih kerana benda ini pasti akan jadi perkara yang sensitive,” jelasnya lagi.
Misha bertemu jodoh dengan juruterbang, Firros Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Idris Ezzwa yang kini berusia lima tahun.
Selain itu, Misha juga memiliki seorang anak angkat, Muhammad Adam Emir, 15.
Misha membuat persembahan dan mendendangkan lagu-lagu popularnya di makan malam amal itu merupakan salah satu inisiatif bagi memulihkan kembali industri seni hiburan tanah air yang teruk terjejas dengan bantuan sektor korporat.
Penganjurnya The H Entertainments Sdn Bhd atau The H, akan menyerahkan kutipan bagi jualan tiket serta sumbangan itu kepada Persatuan Kebajikan Semerah Padi Perak (Persedim) dan Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air (Papita).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Luar Biasa! M Nasir, Sheila Majid, Misha Omar, Aina Abdul & Amir Jahari Jentik Emosi Peminat Di Konsert Amal MPO: Resonance For A Reason

gempak
19/11/2024
15:52 MYT
Dengan kehadiran lebih 900 penonton, ternyata penganjuran Konsert Amal Orkestra Filharmonik Malaysia, MPO Benefit Concert: Resonance for a Reason berjaya menambat hati peminat.
Unitar