Gaya Hidup

“Saya Mungkin Berlakon Bermacam Watak Tapi Saya Tak Akan Faham Perasaan Mereka” - Janna Nick Hargai Petugas Barisan Hadapan

gempak
Azwa Rahman
24/03/2020
10:41 MYT
Sponsor Banner
“Saya Mungkin Berlakon Bermacam Watak Tapi Saya Tak Akan Faham Perasaan Mereka” - Janna Nick Hargai Petugas Barisan Hadapan
Pelakon Janna Nick meluahkan rasa hormat dan penghargaannya kepada para petugas barisan hadapan yang bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menerusi laman sosial Instagram, Janna memuat naik satu foto memakai pakaian seragam jururawat untuk tatapan umum.
“Saya mungkin dapat berlakon macam-macam watak tapi saya tak mungkin faham perasaan dan tangungjawab mereka yang bertungkus-lumus menyelamatkan kita dari wabak Covid-19.
“Terima kasih doktor, jururawat, PDRM, ATM dan semua yang terlibat,” tulisnya sebagai kapsyen.
Malah, Janna turut menasihati orang ramai untuk terus duduk di rumah bagi menghalang penularan wabak tersebut.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai wargamaya yang menyokong usaha Janna untuk memberi penghargaan kepada mereka yang berjuang.
“Saya di antara orang yang berisiko tinggi hari-hari kena mengadap orang yang sakit ni. Terima kasih doakan untuk semua frontliners,” luah seorang wargamaya.
“Cantiknya! Terima kasih untuk mesej tu, please duduk di rumah ya,” pesan seorang wargamaya.
“Betul! Semoga diorang terus kuat dan tabah membantu orang lain,” kata seorang wargamaya.
“Sakit pun takpa la dapat nurse macam ni, hehe,” usik seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 70,000 tanda suka daripada wargamaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live