Berita
“Saya Nak Beli Semua”- Kagum OKU Gigih Meniaga Nasi Lemak, Anzalna Dapat Tahu Rupanya Peniaga Tersebut…
Pelakon Anzalna Nasir kagum melihat kegigihan seorang lelaki OKU (Orang Kelainan Upaya) yang rajin mencari rezeki di kaki lima.
Anzalna berkongsi foto seorang lelaki OKU tanpa tangan duduk di hadapan nasi lemak yang dijual di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi entri tersebut Anzalna meminta jasa baik pengikut IGnya membantu untuk mencari nombor yang boleh dihubungi untuk membantu.
“Tolong kira jap berapa nasi lemak atas meja tu. Saya nak beli semua sebab nak tolong abang ni.
“Respect! Walaupun OKU tapi masih rajin mencari rezeki. Please help me to past this message to him dan tolong bagi number dia kalau ada yang kenal. Thank you,” katanya.
Anzalna berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut bersimpati dengan nasib pemuda tersebut.
Terbaharu menerusi IG Story Anzalna, seorang pengikutnya mengirimkan kontak yang boleh dihubungi serta sedikit maklumat tentang peniaga OKU tersebut.
Menerusi maklumat yang diberikan, pemuda itu dilahirkan tanpa tangan sejak lahir dan hidup sendiri dengan menyewa bilik di tingkat ata sebuah kedia di Cheras.
“Namanya Mohd Nor berusia 28 tahun. Beliau seorang yang suka berdikari an mula berniaga nasi lemak sejak bulan Julai lalu,” katanya.
Anzalna pula membalas dengan ucapan terima kasih.
"Rakyat Malaysia sangat prihatin. Kepada yang ingin sokong Dek Mat Nasi Lemak. Terima kasih kepada yang berkongsi," jawabnya.
Must-Watch Video