Penyanyi Datin Alyah membuat pengakuan jujur bahawa dia meminati bakat penyanyi muda, Haqiem Rusli.

Menurut Alyah, dia kagum dengan cara Haqiem membina namanya sendiri.

“Saya nak buat pengakuan jujur kat sini....
Saya minat dia ni. Saya suka cara dia bina empire nya sendiri,” tulisnya.

Alyah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto bersama penyanyi Tergantung Sepi itu.

Menceritakan mengenai perjumpaannya dengan penyanyi lelaki tersebut, Alyah berkata, pada mulanya mereka tidak berkata-kata.

“Beberapa kali jumpa kami banyak berdiam. Tengok tengok jer. Tapi kali ni lain. Kami sempat berborak dan dia pandai bergurau juga rupanya. Ingatkan budak ni sejenis serious je...

“Saya pernah rasa apa yang dia lalui dan saya sangat faham. Saya juga bangga kerana dia kembali berjalan dengan penuh yakin dan mempunyai fokus yang tepat,” katanya lagi.

Saya nak buat pengakuan jujur kat sini.... Saya minat dia nihhh.Saya suka cara dia bina empire nya sendiri.... Beberapa kali jumpa kami byk berdiam.Tengok tengok ja Tapi kali ni lain.Kami sempat berborak dan dia pandai bergurau juga rupanya.Ingatkan budak nihhh sejenis serious je...Saya pernah rasa apa yg dia lalui dan saya sgt sgt faham.Saya juga bangga kerana dia kembali berjalan dgn penuh yakin dan mempunyai focus yg tepat ??? Salute ??? @haqiemrusli98_

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on

Entri tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata mahu melihat mereka berduet.

“Nak lagu duet Alyah X Haqiem.

“Buat lagi duet kak, pasti meletop.

“Ajaklah Haqiem buat duet,” komen beberapa pengikutnya.

Menerusi foto yang dikongsi bersama itu kelihatan seperti mereka bertemu ketika berada di acara yang sama.