Berita

"Saya Nak Didik Aafiyah Mengenali Golongan..." - Siti Nurhaliza

gempak
Asraf Aided
08/02/2019
09:34 MYT
Sponsor Banner
"Saya Nak Didik Aafiyah Mengenali Golongan..." - Siti Nurhaliza
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ingin mendidik anaknya Siti Aafiyah untuk mengenali golongan yang kurang bernasib baik dengan lebih rapat.
Menurut Siti, dia mahu anaknya itu mengerti erti kesusahan dan nasib malang yang dialami oleh orang lain.
"Saya mahu Aafiyah mengenali golongan yang tidak bernasib baik seperti anak-anak yatim misalnya.
"Saya mahu berbuat begitu supaya dia sentiasa bersyukur dengan kehidupan sendiri dan mengerti erti kesusahan yang dialami oleh orang lain.
"Kita sebagai manusia, bukan semua yang bernasib baik, eloklah saya didik Aafiyah begitu apabila dia besar nanti," kata Siti kepada Gempak.
Dalam perkembangan lain, pelantun lagu Purnama Merindu ini akan mengadakan konsert jelajah Siti Nurhaliza On Tour, ia akan bermula pada 21 Februari di Indonesia, 2 Mac di Singapura, 16 Mac di Kuala Lumpur dan 22 April di Royal Albert Hall, London.
Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket konsert ini (selain Royal Albert Hall), sila layari www.myticket.asia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024