,
Berita

“Saya Nak Kumpul Duit Untuk...” - Zaim Ajmal Nak Buat Apa Tu?

Asraf Aided
01/03/2019
00:30 MYT
Penyanyi baru, Zaim Ajmal, 20, berhasrat untuk menceburi bidang perniagaan dengan membuka kedai gunting rambut.
Menurut Zaim, dia sendiri pernah menggunting rambut rakan-rakan ketika di universiti dan gemar melakukannya.
“Insya-Allah, saya nak kumpul duit untuk buka kedai gunting rambut, saya sangat suka menggunting rambut sebenarnya.
“Ketika di universiti, saya sudah biasa menggunting rambut rakan-rakan dan saya suka melakukannya.
“Buat masa ini, saya mahu fokus dalam bidang nyanyian dan mengumpul duit untuk memulakan bisnes itu,” katanya kepada Gempak.
Dalam perkembangan lain, Zaim kini telah tampil dengan single pertamanya yang berjudul Gadees.
Single tersebut ditulis olehnya sendiri dan ia diterbitkan oleh Taja dari kumpulan Meet Uncle Hussain.
Gadees telahpun boleh didengar menerusi semua platform digital bermula 1 Februari lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

"Jika Berpeluang, Saya Teringin Untuk Sertai Big Stage" - Zaim Ajmal

gempak
05/03/2019
05:36 MYT
Berita

Dikecam Guna Autotune, Zaim Ajmal Tetap Bersikap Positif

gempak
25/02/2019
23:30 MYT