Laman Utama

"Saya Nak Tenang, Tak Obses Populariti Atau Glamor Lagi" - Hafiz Hamidun Mahu Lebih Masa Bersama Anak

Amri Hassan
26/01/2023
11:45 MYT
Penyanyi, penerbit dan komposer lagu ketuhanan, Hafiz Hamidun muncul dengan sentuhan terbaharu, single berjudul Inni Tawakkaltu.
Menurut Hafiz, Inni Tawakkaltu dihasilkan bukan hanya untuk dirinya, tetapi untuk semua.
"Saya pernah jatuh, merangkak dan bangun kembali. Saya rasa, semua orang pernah alami situasi ini. Kesedihan dan kesusahan yang kita alami tidak selalunya difahami oleh semua orang.
"Jadi, saya harap Inni Tawakkaltu boleh menjadi penguat semangat untuk semua, supaya terus berusaha dan akhirnya berserah dan tawakkal kepada Allah," ujarnya.
Cerita Hafiz, lagu Inni Tawakkaltu akan dilancarkan pada 27 Januari ini pada hari sama dia meninggalkan Malaysia untuk menunaikan ibadah umrah.
"Tahun 2023 memberikan sinar yang lebih cerah dan indah. Kehidupan saya semakin bahagia dengan adanya keluarga, kawan-kawan dan mereka yang sentiasa menyokong kerjaya dan kehidupan peribadi saya.
"Pada usia yang menjengah 39 pada tahun ini, saya tidak obses kepada populariti dan dunia glamour. Saya pernah merasainya namun Alhamdulillah saya tetap bersyukur.
"Apa yang saya inginkan sekarang ialah ketenangan dan perkara-perkara yang tidak merumitkan fikiran. Saya lebih senang menghabiskan masa bersama keluarga terutamanya bersama anak saya Hamdee.
"Saya kini lebih fokus untuk perkara-perkara yang santai, tidak seperti 20 tahun dahulu, ketika mula-mula menjadi artis rakaman.
"Lebih istimewa, saya akan berada di Arab Saudi ketika lagu ini akan dilancarkan di platform digital kerana menunaikan Umrah.
"Kendatipun terpaksa meninggalkan seketika urusan kerja dan keluarga, saya berharap yang terbaik untuk karya Inni Tawakkaltu," kongsinya.
Khidmat Ito Lara Untuk single Inni Tawakkaltu, Hafiz menggunakan khidmat penulis lirik lagu-lagu nasyid terkenal iaitu ITO Lara.
Sebelum ini ITO Lara dikenali dengan lirik-lirik nasyid yang puitis seperti Kasih Kekasih dan Nur Kasih nyanyian Inteam, Tangis Sebatang Tamar nyanyian Dakmie, Ainul Mardhiah nyanyian UNIC dan ratusan lirik malar segar ciptaan beliau.
"Saya mengenali ITO Lara bukan hanya sebagai penulis lirik, malahan kami seperti keluarga rapat kerana saya membesar dengan lirik-lirik nasyid ciptaan beliau.
"Semasa saya bersama kumpulan UNIC satu masa dulu, ITO Lara banyak menyumbangkan karya untuk UNIC. Lebih 20 tahun kami sudah kenal dan bekerjasama. Kali ini, saya mempelawa ITO Lara untuk menulis satu lagi karya yang sesuai untuk saya," ujar Hafiz.
Produksi Turkiye Di dalam penghasilan Inni Tawakkaltu, Hafiz juga telah menggunakan khidmat para pemuzik tempatan dan antarabangsa di dalam garapan gubahan muzik termasuk iringan orkestra dari Istanbul, Turkiye.
Proses adunan dan mastering single ini juga mendapat sentuhan jurutera muzik antarabangsa iaitu Greg Henderson dan Don Bartley dari Australia.
"Inilah kepuasan saya apabila berkarya. Saya berbelanja untuk dapatkan hasil yang terbaik. Bukan hanya menggunakan para pemuzik professional dari luar negara, saya juga tetap yakin dan percaya dengan bakat para pemuzik tempatan," katanya.
Di samping menggunakan khidmat para pemuzik dan jurutera terbaik dari dalam dan luar negara, Hafiz juga bekerjasama bersama ‘kawan lama’ beliau untuk penghasilan video muzik Inni Tawakkaltu.
"Setelah siap proses mastering lagu ini, saya kembali menghubungi kawan saya, Rifaiee untuk menjadi pengarah kepada video muzik Inni Tawakkaltu. Walaupun terdapat faktor kekangan masa, pengambaran video muzik ini telah berjalan lancar.
"Sebenarnya 12 tahun lalu, Rifaiee dan krew dari RIO Production jugalah yang merakamkan video zikir dari album Zikir Terapi Diri saya. Semenjak itu, kami telah bekerjasama untuk banyak produksi, baik di Malaysia mahupun di luar negara.
"Kini saya bangga dengan pencapaian Rifaiee dan RIO Production kerana sering menjadi pilihan syarikat rakaman untuk merakamkan video muzik artis-artis tempatan seperti Haqiem Rusli, Wany Hasrita, IamNeeta dan ramai lagi," komen Hafiz lagi.
Single Inni Tawakkaltu boleh ditonton di YouTube Hafiz Hamidun dan didengarkan di semua platfrom penstriman muzik mulai 27 Januari 2023.
Single Inni Tawakkaltu diterbitkan oleh Arteffects Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia Sdn. Bhd.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dekta Pernah Hilang Di KL, Shuib & Arwah Siti Sarah Panik - "Dalam Beberapa Saat Saja..."

gempak
25/07/2024
02:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), anak kedua Shuib yang mesra dengan panggilan Dekta itu dikatakan hilang ketika masih kecil.
Hollywood

Celine Dion Dibayar RM9 Juta Untuk Nyanyi Satu Lagu Di Olimpik Paris 2024

gempak
25/07/2024
00:30 MYT
Khabar angin legenda pop terkenal dunia Celine Dion akan tampil kembali di upacara perasmian Sukan Olimpik Paris, awal pagi Sabtu ini semakin bertiup kencang.
Berita

Penoreh Getah Mengaku Tak Bersalah Rog*l Anak Kandung

gempak
24/07/2024
06:49 MYT
Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu, atas dua pertuduhan merogol anak perempuan kandungnya sejak 2019.
Gaya Hidup

#Travelmana: Diskaun Saudia Airlines, Pakej ‘Pergi Dahulu Bayar Kemudian' Antara Tawaran Menarik Di PAPUH Muslim Travel Fair 2024

gempak
23/07/2024
19:57 MYT
Kisah jemaah tertipu dengan pakej-pakej murah di media sosial untuk mengerjakan haji dan umrah bagai tidak pernah terhenti.
Hiburan

Didakwa Tidak Mempunyai Hubungan Baik, Ini Respons Bapa Zara Zya - “Saya Tak Pernah Pun Sekilas Ada Rasa Benci Pada Dia…”

gempak
22/07/2024
08:55 MYT
Bapa kepada pelakon Zara Zya iaitu Zainuddin memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan anak perempuannya itu.