"Bismillah, Assalamualaikum," dua patah ucap yang menularkan kisah Budak Baju Kuning sejak Khamis.

Bermula dari pemilik akaun Twitter @diyaaaanah, akaun Instagram @rosihanazzan mendadak naik 135 kali ganda; dari 214 kini 29,000 pengikut.



Dalam foto yang tular sempena permulaan semula sesi persekolahan baru-baru ini remaja yang dikenali sebagai Rosi itu hanya duduk di meja kelasnya, tunduk.

Biar tak nampak wajah, identiti remaja itu dibongkar netizen penuh efektif! Gigih dan berhasil.

Kejutan dirasai Budak Baju Kuning itu hingga jawabnya, tiada apa yang penting pun untuk ditularkan.

"Terima kasih semua walaupun saya pegang pensel je," itu jawab Rosi ringkas di Instagram Storiesnya.



Sementelah di Twitter pula, empunya yang pertama mencari siapa Budak Baju Kuning mendapat tempias negatif netizen sampai dilabelkan pedofilia.

"Kenapa pedo? Saya masih bersekolah. Semua orang asyik cakap saya pedo tanpa menyelidik usia saya," kata gadis berusia 15 tahun itu.



Dia terguris, pelbagai sapaan tidak manis diterimanya kesan daripada entri pertama.

"Saya terima teguran denggan hati terbuka tapi saya tak puas hati sampai ada yang cakap saya miang.

"Saya tweet 'bismillah assalamualaikum' pun kena cop semua itu. Melampau.

"Saya minta maaf sebab viralkan budak tak bersalah ni. Mungkin dia rasa tak selesa sebab orang ramai geledah privasi dia.

"Jangan risau saya dah DM dia minta maaf dan jika dia nak saya padamkan tweet ini saya akan buat," jelasnya di Twitter.



Gempak masih cuba mendapatkan respon lanjut dari Budak Baju Kuning dan gadis tersebut.