Laman Utama

“Saya Pegang Prinsip Berbeza…”- Dikecam Anak Tak Bertudung, Ini Penjelasan Farah Lee!

gempak
Syafiqah Jalal
02/02/2021
08:35 MYT
Sponsor Banner
“Saya Pegang Prinsip Berbeza…”- Dikecam Anak Tak Bertudung, Ini Penjelasan Farah Lee!
Selebriti media sosial, Farah Lee mengakui sering kali dikecam kerana gara-gara anaknya yang baru berusia enam tahun tidak lagi bertudung.
Menurut Farah dia mempunyai prinsip dan cara tersendiri untuk memberi didikan agama kepada anaknya.
“Banyak kali aku dikecam, katanya anak umur Maream patut dah diajar untuk pakai tudung. Perlu didik dari kecil kata mereka, "kalau anak taknak, kena paksa".
“Aku pula, pegang pada prinsip sedikit berbeza. Mengajar Islam pada kanak-kanak ada turutannya, ikut Baginda;
1. Emosi 2. Kepercayaan 3. Akidah 4. Ibadah
“Cuma ramai kita, melompat terus ke empat; mengajar syariat tanpa anak itu faham asasnya, tanpa mengerti apa maksudnya, masih bingung kenapa dibuatnya.
“Buat kerana tidak faham, buat kerana paksaan, buat kerana ikutan -- ia dibuat tapi biasanya tidak kekal. Mujahadah? Haha. Konsep itu untuk kita, terlalu awal sama sekali untuk mereka,” jelasnya.
Farah yang juga bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar itu memberi penjelasan tersebut di akaun Instagram miliknya.
Pun begitu, menurut Farah, anaknya itu sudah menunjukkan sedikit kefahaman terhadap aurat wanita apabila sering menegur pakaiannya.
“Maream melihat aku jengah sekejap ke balkoni tanpa tudung pasti dijeritnya, "Ommaaaa.. tudunggg".
“Kadang aku pakai tudung berbaju lengan pendek (sebelum kenakan cardigan), datanglah budak ini sambil "Omma, I still can see your aurat (sambil tujukan pada lengan aku)".
“Bila aku sekadar pakai tudung sarung tanpa anak tudung, pasti matanya fokus kepada anak rambut aku, "Omma, I can see your hair, I think you need your inner".
“Begitulah, my 'aurat'-guard,” katanya lagi.
Tambah ibu tunggal itu lagi, meskipun anaknya belum mengenakan tudung tapi kini perlahan-lahan sudah cuba untuk berpakaian lebih sopan.
“Sekarang, ya budak enam tahun ini masih tidak bertudung, tapi perlahan-lahan semakin segan mengenakan baju tanpa lengan ataupun seluar singkat - tanpa pernah disuruh apatah dipaksa,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live