Berita
"Saya Pergi Tandas Kemudian Rasa Nak Pitam" - Shima Anuar Cedera, Dahi Koyak Terhantuk Bucu
Pelakon Shima Anuar mengalami kecederaan pada bahagian dahi apabila kepalanya dipercayai terhantuk pada bucu dinding ketika dirinya hampir pitam.
Menurut Shima, ekoran insiden tersebut, dahinya koyak dan mengalami pendarahan.
"Suami saya ingat saya dari bilik anak-anak. Tu yang ingat kena bucu pintu. Sebenarnya saya pergi tandas kemudian rasa nak pitam.
"Jadi saya rasa sama ada kena bucu almari atau dinding. Sewel jap, tak ingat apa," katanya dalam satu entri di Instagram.
Menerusi hantaran berbentuk video itu, Shima turut berkongsi keadaan dirinya yang dibantu suaminya membersihkan luka tersebut.
Bagaimanapun, kata Shima, dia tidak mendapatkan rawatan lanjut di klinik berikutan bimbang sekiranya perlu menjalani prosedur jahitan pada luka.
"Saya baik sahaja, Alhamdulillah. Jangan bimbang. Masih ingat macam mana nak buat laksam! Tak apa, Sabtu Ahad tak buat laksam, jadi boleh berehat.
"Saya tak pergi klinik pun sebab takut kena jahit ke apa ke. Buat masa ini semua okay dah. Terima kasih atas prihatian kalian!," katanya.
Di ruangan komen, rata-rata mendoakan agar Shima segera sembuh.
"Aduh sakitanya. Tengok pun terasa. Semoga cepat sembuh.
"Sebaiknya pergi hospital. Harapnya tak ada yang serius di kepala tu. Semoga dipermudahkan urusan," komen sebahagian pengikut.
Must-Watch Video