Laman Utama
"Saya Pernah Diekori, Orang Call Tak Berhenti" - Azfar Heri Perjelas Sebab Enggan Kongsi Nombor Telefon Termasuk Pihak Media
Personaliti media sosial, Azfar Heri tidak menolak andaian jika dirinya dikaitkan dengan sebuah artikel mengkritik sikap influencer yang disifatkan sukar memberi kerjasama kepada pihak media.
Menurut Azfar, dia terlalu banyak menerima kiriman email dan mempunyai sebab tersendiri untuk tidak memberi nombor telefon peribadi kepada orang lain seperti yang ditulis dalam artikel berkaitan.
"Saya memang banyak terima email dan ada orang yang bacakan, satu hari bukanlah satu dua email sahaja, memang banyak.
"Saya pun masih lagi belajar dan ada keluarga, saya tak boleh terima semua tawaran yang diberikan, ada juga yang saya kena pilih.
"Kalau bab nak beri nombor telefon peribadi itu pun saya tak boleh sewenang-wenangnya beri kepada orang lain kerana saya pernah mengalami kejadian buruk sebelum ini.
"Saya pernah diekori oleh orang yang tidak dikenali, ada orang kacau dan menelefon saya tanpa henti.
"Jadi disebabkan itu, saya ambil pengajaran, apa-apa urusan memang saya akan lakukan menerusi email dan akan ada pihak yang memeriksa email saya," katanya.
Dalam pada itu, Azfar juga akui masih belum bersedia memberi nombor telefonnya kepada pihak media.
"Sebenarnya memang macam itu, sebab itu saya sediakan satu email khas untuk urusan kerja.
"Kemudian, akan ada pihak yang susunkan untuk saya, saya pun sibuk belajar, dengan adik-adik dan keluarga lagi, jadi kadang-kadang tak terkejar untuk memberi respon kepada semua pihak," tambahnya.
Kata Azfar, dia sebenarnya tersinggung dengan kenyataan dalam artikel berkenaan.
Untuk makluman, artikel itu turut mengatakan Azfar pernah tidak membalas mesej atau DM sesetengah untuk tujuan kerja pihak sebelum ini.
"Ya, boleh dikatakan saya sentap, ianya berlaku secara tiba-tiba, dalam artikel itu juga ada menyebut tentang mesej yang dikirim menerusi ruangan DM.
"Saya pun tak sedar tentang DM yang dimaksudkan kerana jumlah DM yang saya terima memang banyak.
"Apapun yang terjadi ini, saya okay sahaja dan ambil ia sebagai pengajaran untuk masa akan datang," tuturnya menutup bicara.
Must-Watch Video