Viral

"Saya Pernah Dipanggil Bangla & K*ling Ketika Di Sekolah" - Ammar Alfian Kongsi Pengalaman Berdepan Isu Perkauman

gempak
Amri Hassan
02/06/2020
04:11 MYT
Sponsor Banner
"Saya Pernah Dipanggil Bangla & K*ling Ketika Di Sekolah" - Ammar Alfian Kongsi Pengalaman Berdepan Isu Perkauman
Pelakon Ammar Alfian akui pernah berdepan beberapa kali pengalaman diskriminasi warna kulit sepanjang hidupnya.
Pertama kali kata Ammar ketika menetap di United Kingdom bersama-sama keluarganya ketika dia masih kecil.
"Subhanallah Allahuakbar, ia seperti dejavu sekali lagi sekitar tahun 1990-an ketika ibu bapa saya masih menuntut di Norwalk Los Angeles.
"Saya berumur 6 tahun dan tak memahami apa itu rasis. Saya disisihkan dan tiada pilihan melainkan berkawan dengan orang berkulit hitam & warganegara Mexico.
"Dibelasah tanpa bersebab ketika pergi dan pulang dari sekolah, ditengking dan dibaling ke dalam tong sampah.
"Situasi seakan sama terjadi kepada ibu bapa saya. Ibu saya bekerja sambilan sebagai tukang cuci sering ditengking kerana memakai hijab," cerita Ammar.
Situasi itu tidak terhenti di negara asing, malah kata Ammar dia dipanggil dengan pelbagai gelaran ketika di Malaysia.
"Selepas balik ke Malaysia, ia masih belum berhenti.
"Di sini saya dipanggil 'Bangla' dan 'K*ling' ketika masih bersekolah dan saya tak tahu kenapa.
"Apa kesalahan saya sampai dipanggil sedemikian. Kemudian barulah saya faham ia kerana warna kulit saya yang tidak putih," tambahnya.
Ammar faham isu warna kulit menjadi penanda aras untuk orang sekeliling menilai seseorang.
"Sampai sekarang orang masih menilai kamu berdasarkan warna kulit. Persoalannya, kenapa?
"Saya memahami perasaan mereka yang berjuang setiap hari berdepan rasis. Allah itu maha berkuasa, orang kafir ini ingat dia kuat sekarang. Tunggu," kata Ammar lagi.
Kecoh sejak minggu lalu apabila berlaku rusuhan kaum di Amerika Syarikat selepas seorang warga Afrika-Amerika George Floyd telah meninggal dunia apabila mengalami kesukaran bernafas akibat lehernya telah ditekan lutut seorang anggota polis Minneapolis, Minnesota.
Di Malaysia pula kecoh apabila bekas ratu cantik Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman terhadap individu berkulit gelap.
BACA: “To The Black People.. Relax” - Dilabel Amal Sikap Perkauman, Ramai Mahu Gelaran Bekas Miss Universe Malaysia Dilucutkan!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live