,
Laman Utama

“Saya Pernah Jumpa Nabila Sekali Sahaja...”- Noor Nabila Jadi Ibu Baru, Ini Pesan Erra Fazira Buat Aleesya

Asraf Aided
23/03/2021
03:31 MYT
Penyanyi dan aktres jelita, Erra Fazira akui tidak tahu mengenai perkembangan hubungan bekas suaminya, Engku Emran bersama Noor Nabila sebelum pasangan itu mendirikan rumah tangga.
Menurut Erra, dia tahu siapa Nabila namun tidak mengenalinya secara dekat.
"Saya memang tak tahu mengenai hubungan mereka, saya sama sahaja seperti yang lain juga.
"Saya tahu Nabila, tetapi tidak mengenalinya secara dekat, kami pernah berjumpa pun sekali sahaja," katanya.
Erra berkata demikian ketika ditemui Gempak dalam sebuah rakaman program pada Ahad.
Kata primadona filem Melayu ini, dia masih belum berjumpa anaknya, Engku Aleesya sejak bekas suaminya itu berkahwin.
"Saya masih belum berjumpa Aleesya sejak dia dapat mak baru ini disebabkan masa yang belum mengizinkan.
"Tapi saya sangat pasti yang dia okay sahaja, dia sayang adik baru dia Jayden, jadi saya rasa perkara ini tidak memberi masalah untuknya, setakat ini dia gembira sahaja, syukur Alhamdulillah," katanya lagi.
Tambah Erra, Aleesya sudah matang dan mengerti tentang sesebuah institusi perkahwinan.
"Saya rasa Aleesya matang dan tahu apa itu institusi perkahwinan, tanggungjawab ibu baru, tanggungjawab anak kepada ibu, tak kiralah ibu kandung atau ibu tiri.
"Alhamdulillah Aleesya bersikap positif, mungkin juga disebabkan dia sudah ada pengalaman mengaalami perkara sebegini, jadi dia faham," tambahnya.
Ditanya sama ada mahu memberi ucapan kepada bekas suami, Erra enggan berkata apa-apa sebaliknya memberikan ucapan khas buat Aleesya.
"Saya hanya nak ucapkan untuk anak saya, semoga Aleesya menjadi anak yang solehah, baik dan taat tentunya kepada ayahnya dan juga ibu Nabila.
"Aleesya harus saling menyayangi dalam keluarga yang besar itu, be good anakku, make your Mom proud of you!" tuturnya menutup bicara.
Engku Emran dan Noor Nabila yang juga kakak kepada selebriti terkenal Neelofa melangsungkan perikahan pada pagi Jumaat lalu dalam sebuah majlis ringkas di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.
Pernikahan Engku Emran dan Noor Nabila merupakan kali ketiga buat kedua-dua mereka.
Engku Emran dan Erra berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan bercerai pada 18 Februari 2014.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 11 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

“Permintaan Dia Sebelum Menutup Mata…” - Kiah Propa Kembali Berkahwin, Mahu Jaga Bekas Suami Sakit Kanser Leher

gempak
18/11/2024
08:25 MYT
Pelakon dan usahawan, Kiah Propa memilih untuk kembali melangsungkan perkahwinan bersama bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail.
Hiburan

Kahwin Setengah Tahun, Pejabat Agama Dedah Rizky Febian-Mahalini Belum Daftar Nikah

gempak
14/11/2024
03:20 MYT
Sejak menikah pada 10 Mei 2024, rumah tangga Rizky Febian dan Mahalini sudah beberapa kali diterpa kontroversi.
Hiburan

Zera Hariz Sah Bergelar Isteri Kepada Iqwan Alif Selepas 7 Tahun Bercinta, Terima Wang Hantaran RM11,111.00

gempak
11/11/2024
08:20 MYT
Pelakon dan penyanyi Zera Hariz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinnya yang juga penyanyi, Iqwan Alif pada 1 November lalu.
Hiburan

One In A Million! Netizen Gembira Ina Naim Kembali Jadi Isteri, Puji Suami Baharu Seorang ‘Gentleman’ – “Sekali Lagi Allah Temukan Dia Dengan…”

gempak
10/11/2024
23:50 MYT
Umum mengetahui balu kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad iaitu, Ina Naim selamat bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal Shukor, pada Jumaat lalu.
Unitar