Laman Utama

“Saya Pernah Rasa Nak Mati” - Pengakuan Janna Nick Hidap Gangguan Mental Bipolar Buat Ramai Risau!

gempak
Hanafis Haris
22/04/2021
06:44 MYT
Sponsor Banner
“Saya Pernah Rasa Nak Mati” - Pengakuan Janna Nick Hidap Gangguan Mental Bipolar Buat Ramai Risau!
Pelakon Janna Nick mendedahkan dia kini menghidap penyakit gangguan mental yang dikenali sebagai bipolar.

Perkara itu dikongsi Janna menerusi satu posting di akaun Instagramnya sebentar tadi.

Menurut Janna, dia mengambil masa selama seminggu untuk menjauhkan diri daripada media sosial.

Menurutnya, dalam tempoh itu dia turut mengambil ubat anti tekanan seperti Escitalopram dan Carbamazepine.

“Selama ini saya ingat otak saya berkerja secara normal, macam orang lain.

“Saya memang ingat semua orang ada lebih daripada ¾ suara dalam kepala mereka. Saya fikir memang normal ada suara dalaman yang bercakap seperti group discussion,” katanya.

Jelasnya, semua itu berubah selepas dia mengambil ubat-ubatan yang disarankan.

“Oh ini rupanya orang normal berfikir dalam otak mereka. Saya tak pasti sama ada ini adalah keturunan atau pengalaman lampau.

“Pada usia 8 tahun saya pernah rasa nak mati. Saya cuba jaga diri masa umur 14 tahun dengan makan panadol campur ubat-ubat lain.

“Saya tak ada keluarga yang sempurna. Dulu tinggal di asrama bila mak ayah kawan datang ambil saya tengok je di tingkap.

“Rasa nak bunuh diri pernah sekali lagi terjadi setahun selepas itu. Ketika PMR, saya pernah kerat pergelangan tangan depan adik perempuan,” tulisnya.

Posting tersebut kemudian mengejutkan ramai pihak termasuk peminat dan rakan selebriti.

Malah, pengakuan Janna yang mempunyai penyakit bipolar dan pernah cuba untuk bunuh diri mencetuskan kebimbangan ramai.

Terdahulu, Janna Nick sebelum ini meluahkan rasa penat dan tertekan terhadap kerjayanya sebagai anak seni sehingga tidak dapat menyembunyikannya lagi.

Malah Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 25, menggangap dirinya ‘gagal’ dalam menguruskan kerjaya yang dikatakan jadualnya penuh sehingga hujung tahun ini.

“Bukan soal saya benci karier atau kehidupan bekerja, Saya suka bekerja, tak boleh tak bekerja. Jadual saya padat sehingga hujung tahun ini," tulisnya sebelum ini.

BACA : “Saya Hanya Ingin Hidup Normal”- Luah Penat, Janna Nick Mahu Berhenti Kerja?

Sekadar info, selain Janna, Zynakal sebelum ini turut disahkan menghidap bipolar mania selepas tindakannya menyerang seorang pekerja stesen minyak dua tahun lalu.

Susulan itu, Zynakal perlu menjalani beberapa siri rawatan pemulihan di hospital.

Untuk makluman, penyakit bipolar ini melibatkan perubahan ‘mood’ atau perasaan secara melampau sehingga menjejaskan aktiviti seharian.

Ciri- cirinya termasuk perubahan mood secara tiba- tiba, dari kegembiraan yang berlebihan, juga dikenali sebagai mania kepada episod kemurungan.Gangguan bipolar juga dikenali sebagai kemurungan manik.

Orang yang mempunyai gangguan bipolar mungkin menghadapi masalah menguruskan tugasan harian di sekolah atau tempat kerja, atau dalam mengekalkan hubungan sosial.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024