Penyanyi dan pelakon Ifa Raziah tampil membuat permohonan maaf selepas beberapa insiden yang melibatkan dirinya baru-baru ini menjadi bualan pengguna-pengguna media sosial.
Seperti yang dilaporkan oleh OhBulan, Ifa menyatakan permohonan maafnya itu pada sebuah program hiburan terbitan sebuah saluran televisyen swasta semalam.
“Saya nak ambil kesempatan ini untuk memohon maaf, dan memaafkan juga kepada siapa yang mengata saya itu.
“Kita manusia biasa, tak lari dari kesilapan… insya-Allah saya akan cuba perbaiki diri saya ini untuk menjadi lebih baik pada masa yang akan datang,” katanya.
BACA: “Saya Penyanyi Dangdut Tak Kan Nak Berdiri Tegak”- Ifa Raziah Jawab Dakwaan Bergelek Di Majlis Akikah
BACA: “Saya Memang Nak Tunjuk!”- Ifa Raziah Jawab Isu Dikecam Buat ‘Live’ Solat, Dedah Bangun Tahajud Selalu
Dalam pada itu, Ifa turut mengakui bahawa cara dirinya ‘cari makan’ mungkin kurang disenangi ramai. Begitupun, Ifa berkata, dia tetap berharap agar orang ramai dapat menerima perkara tersebut.
“Itu asam garam dunia anak seni. Memang saya cari makan dengan cara macam ini. Saya menyanyi. Itulah salah satu sumber pendapatan saya, saya mencari rezeki. Kita kena move on, saya pun dah move on,” katanya lagi.
Terdahulu, nama Ifa Raziah menjadi bualan ramai apabila dia dikatakan menyanyi sambil bergelek ketika menyanyi sewaktu menghadiri sebuah majlis akikah. Bagaimanapun, menurut Ifa, dia menyanyi di majlis berbeza, dan majlis akikah tersebut telah tamat.
Selain itu, namanya sekali lagi terpalit dengan kontroversi selepas menyiarkan dirinya solat secara langsung di Instagram.
Sumber: OhBulan