Berita

"Saya Rasa Macam Esok Nak Mati" - Ini Penjelasan Joey BPR

gempak
Rozaimi Zubaidi
31/01/2019
03:29 MYT
Sponsor Banner
"Saya Rasa Macam Esok Nak Mati" - Ini Penjelasan Joey BPR
Vokalis kumpulan Bumiputra Rockers (BPR), Joey mengakui sekarang masa yang sesuai untuk dia dan anggota lain kembali memeriahkan muzik tanah air semula.
Menurut Joey, dia bersemangat untuk mengadakan konsert Silaturahim bagi mengubati kerinduaan peminat-peminat kumpulan BPR.
"Alhamdulillah, pada tahun ini kami kembali untuk mengadakan konsert bagi mengubati kerinduaan dan bertemu dengan peminat-peminat setia BPR.
"Konsert pada kali ini berbeza daripada yang sebelum ini kerana saya akan lalukan yang terbaik seolah-olah seperti saya rasa macam esok nak mati.
"Maksud saya bukan saya kata nak mati selepas persembahan namun itu hanya perumpamaan yang boleh digambarkan buat peminat setia BPR.
"Saya mahu membawa harapan orang ramai terutama peminat dan penulis lirik dalam menghiburkan mereka serta mengembalikan kenangan bersama BPR," katanya kepada Gempak.
Joey berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media konsert Silaturahim bersama Bumiputra Rockers di G Tower, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Konsert Silaturahim bersama Bumiputra Rockers akan diadakan pada 10 Mac ini di The House, G Tower pada pukul 9 malam.
Orang ramai yang ingin menyaksikan konsert ini boleh mendapatkan tiket pada harga RM 100 di www.bprticket.tk.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live