HIBURAN
'Saya Redha Kalau Awak Ada Jodoh Dengan Orang Lain' - Datuk Red
Penyanyi Adira Suhaimi mencuri perhatian netizen menerusi ruangan komen di media sosialnya.
Dalam satu hantaran memaparkan Adira mengenakan busana pengantin serba putih, bekas suaminya, Datuk Red tampil meninggalkan komen bersahaja.
“MasyaAllah cantiknya... Memang tak padan langsung dengan saya. Hihihi… saya doakan awak dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik dan kalau awak ada jodoh dengan orang lain yang lagi padan, saya doakan dan redha,” tulisnya dengan emoji tersenyum.
Komen itu bukan sahaja mengundang senyuman ramai, malah mendapat lebih 1,300 tanda suka daripada pengguna lain yang tersentuh dengan keikhlasan dan ‘kenyataan berlapik’ penuh humor itu.
Namun yang paling mencuri perhatian adalah respons balas daripada Adira sendiri.
“Dia sudah mula dah... samaa atok. Saya pun sentiasa mendoakan yang terbaik untuk awak. Semoga awak dapat jodoh yang terbaik! Amin,” balas Adira, lengkap dengan emoji ketawa dan doa.

Must-Watch Video