Berita
"Saya Saja Nak Cuba Gaya Rambut Baru" - Naim Daniel Ubah Imej
Penyanyi Naim Daniel mengakui dia cuba tampil dengan imej baharu apabila menggayakan rambut ala braid.
Menurut Naim, dia baru sahaja melakukan transformasi pada gaya dandanan rambutnya itu kira-kira seminggu yang lalu.
"Sekarang ni memang saya tengah membela rambut. Jadi, bila tengah panjang tu, nak cubalah berkarya dengan rambut.
"Saya saja cuba gaya rambut baru. Saya custome made buat ala braid ni. Baru seminggu lebih. Nak cuba ubah imej," katanya ketika dihubungi Astro Gempak.
Terdahulu, Naim memuat naik sekeping foto gambar imej terbaharu rambutnya itu menerusi satu posting di Instagram.
Rata-rata memuji imej rambut tersebut menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikut dan rakan artis yang memuji gaya terbaharunya itu.
Dalam pada itu, kata Naim, tidak sukar buatnya dalam memastikan penjagaan rambut yang digayakan sebegitu.
"Tak susah pun, dua hari sekali kita cuci seperti biasa, terutamanya bahagian kulit kepala tu lah," katanya yang bakal muncul dengan telemovie berjudul Skeptikal di Astro Citra.
Saksikan drama lakonan Naim Daniel di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video