Laman Utama
“Saya Sedia Je, Saya Takkan Sorok Kalau ‘Benda’ Tu Jadi…” – Mimi Lana Cerita Kahwin
Aktres cantik Mimi Lana tidak akan menyorokkan berita tentang perkahwinan dan akan berkongsi kepada umum apabila tiba masanya kelak.
Mimi berkata, buat masa ini dia tidak berani untuk mengulas panjang mengenainya kerana perkara tersebut belum berlaku, walaupun sudah ada perancangan ke arah itu.
“Tak berani nak cakap benda tu sebab kita hanya merancang, lagi pun benda tak jadi lagi. Perancangan memang sudah ada.
“Kalau masanya sudah tiba sudah tentu kami akan beritahu kepada semua. Saya ni orangnya mudah, saya akan ikut sahaja apa yang berlaku, biarlah masa yang menentukan.
“We go with the flow, kadang-kadang bukan nak sorok dan saya tak terfikir akan sembunyikan berita baik. Kalau dah jadi nanti tentu kita akan bagitahu, buat apa kita buat benda tu kalau kita tak uar-uarkan
“Saya bersedia je, saya percaya perancangan tuhan itu adalah sebaik-baik perancangan. Kalau dah sampai masanya maknanya dah sampailah, kita tak boleh menidakkan,” katanya.
Tambah Mimi lagi, dia tidak pernah meletakkan sebarang target sebelum mengakhiri zaman bujangnya.
“Saya tak pernah letak target tertentu untuk tamatkan zaman bujang pada usia berapa atau kena capai sesuatu dahulu dalam kerjaya ke kan.
“Kerjaya dan jodoh bagi saya, datang seimbang cuma kena tahu bezakan yang mana satu karier dan kehidupan peribadi.
“Sebab saya percaya, itu Allah SWT yang punya ‘kerja’ bukan saya. Kalau saya letak target, tiba-tiba benda tu tak sampai, tak sampai juga. Tapi kalau dia nak sampai, tiba-tiba esok jadi je,” ujarnya.
Umum mengetahui Mimi, 27, kini sedang menyulam cinta dengan aktor Syafiq Kyle selepas menyambung semula ikatan yang terlerai pada Mei dua tahun lalu.
Mimi ditemui ketika majlis pelancaran dan pra-tayangan Villa Kristal di OpenHouse KLCC, Kuala Lumpur pada petang Selasa.
Villa Kristal yang bakal ditayangkan di platform digital WeTV turut menampilkan Tiz Zaqyah, Jasmine Suraya, Mawar Rashid, Tony Eusof, Nazrief Nazri, Alvin Wong dan Aisar Khaled.
Villa Kristal mengisahkan mengenai sekumpulan wanita elit yang memiliki rahsia masing-masing dan menjalani kehidupan penuh misteri serta skandal.
Drama Villa Kristal diarahkan dua pengarah iaitu Kabir Bhatia dan Jason Chon
Must-Watch Video