Laman Utama

“Saya Selalu Cakap Saya Kena Kuat…” – Ebit Lew Mohon Doa, Rindu Nak Tengok Ayah Sihat

gempak
Mya Amri
23/04/2021
12:25 MYT
Sponsor Banner
“Saya Selalu Cakap Saya Kena Kuat…” – Ebit Lew Mohon Doa, Rindu Nak Tengok Ayah Sihat
Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew bersyukur kerana masih lagi dapat mendirikan solat bersama bapa kesayangannya.
Ebit berkongsi perkembangan terkini mengenai bapanya menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
“I love you bapak. I love you. Dapat solat dengan ayah nikmat sangat besar. Saya kata ayah boleh solat atas katil jer.
“Katil ni boleh naikkan sikit. Dia kata saya nak solat atas kerusi. Beginilah kami semenjak saya kecil. Rindu nak peluk bercakap dan nak tengok ayah sihat,” tulisnya.
Menerusi hantaran yang sama, Ebit juga turut mengimbas kembali kenangan manis bersama bapanya ketika dia masih kecil selain memohon orang ramai dapat mendokan kesejahteraan bapanya.
“Ayah saya ni pendiam orangnya. Jarang bercakap tapi penyayang sangat. Walau muka serius. Ingat lagi tengah duduk rumah ayah bawa balik kereta mainan bentuk mercedes. Kereta control. Saya masa tu happy sangat.
“Berlari-lari saya. Kadang bila beli durian. Ayah beli satu guni. Masa kecil kami tunggu ayah buka durian. Rindu masa tu. Dan kadang beli ayamas. Makan bersama. Benarlah saat bersama keluarga walau sekejap ialah anugerah Allah terindah hidup ini. Ia tak dapat dibeli dengan wang ringgit.
“Dulu masa remaja saya ke luar negara belajar. Setiap dua hari tulis surat pada ayah. Arwah Mak kata setiap malam ayah ambil surat tu dan baca.
“Bila saya tanya dulu apa rahsia ayah kuat dan macam tak pernah sakit. Dengan dapat cium tangan ayah jer dah rasa semangat dalam hidup. Nikmat cium tangan ayah. Sentuhannya. Jawabnya saya kan 'ayah'
“Sekarang bila dah jadi ayah. Baru saya tahu maksud perkataan itu. Menjadi ayah ini nikmat dan tanggungjawab. Saat kita diuji. Saya selalu cakap dengan syukur saya kena kuat saya kan ayah.
“Saya kan suami. Saya kan hamba Allah. Dia pilih saya dari 12 tahun untuk kerja khidmat ini. Inilah takdir hidup saya. Saya tidak akan berhenti kerana selepas dunia ini ada kehidupan akhirat. Selamatnya. Kita dibalas atas setiap apa kita lakukan didunia.
“Ya Allah berilah kekuatan dan semangat pada ayah. Kekuatan pada kami. Hanya kepadaMu kami bergantung dan berserah. Benarlah kaulah pemilik dunia dan segalanya. Tidak akan menimpa apapun dalam hidup kami melainkan apa yang kau tentukan,” coretnya.
Terdahulu, Ebit memaklumkan keadaan kesihatan bapanya semakin merosot sejak tiga bulan lalu.
Kini bapa Ebit mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.
BACA: “Mak Dah Pergi Dulu… Bapa Lah Kekuatan Buat Diriku” – Kesihatan Merosot Ebit Lew Mohon Doakan Bapa
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live