Anggota kumpulan HEART, Azmi Caliph Busker mendedahkan kurang berkeyakinan sewaktu ditawarkan untuk memasuki program Muzikal Lawak Superstar (MLS).

Menurut Azmi, dia berasa khuatir sekiranya tidak mampu untuk memberikan persembahan terbaik dengan keadaannya yang kurang sempurna.

“Kali pertama sewaktu Danial dan Ezad menghubungi saya, sejujurnya saya menolak dan tidak mahu berada dalam MLS.

“Bukan apa, saya sendiri pun tidak yakin dengan keadaan saya yang begini sebenarnya. Khuatir juga, takut nanti kecewakan kumpulan pun tak seronok juga.

“Tapi mereka berdua memujuk dan berjaya membuat saya yakin. Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar dan dari segi keserasian kami tidak mempunyai masalah,” katanya kepada Gempak.


Mengulas mengenai persembahan, Danial berkata mereka kerap berbincang menerusi aplikasi WhatsApp.

“Jika mempunyai idea kami akan terus beritahu dalam ‘group chat’ dan berbincang. Selepas itu barulah kami berjumpa dan buat pilihan.

“Apabila berkumpulan bersama Azmi, kita tidak boleh bermain dengan pentas terlalu banyak. Setiap pergerakan haruslah dirancang.

“Tapi ada juga ketikanya sketsa yang kami buat itu menjadi spontan bila di atas pentas. Lagi-lagi dengan gelagat Azmi,” ujarnya.

Terdahulu, HEART menduduki tempat kelapan dengan peratusan markah sebanyak 37.00% untuk minggu kelima.

MLS bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Untuk mengundi bintang, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/muzikallawaksuperstar

2.Taip MLSNAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20)NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.