Penyanyi Dayang Nurfaizah mengakui tidak pernah menjalani sebarang diet ekstrem, gara-gara penampilannya yang lebih kurus berbanding sebelum ini.

Dayang berkata, dia menurunkan berat badan kerana mahu menjaga penampilan, apatah lagi apabila dia perlu terlibat dengan sebarang acara berskala besar.

“Untuk peminat saya, kalau betul sayangkan saya, janganlah komen tanya saya sakit atau tidak. Sebab setiap perkataan yang keluar itu adalah doa.

“Saya cuma mahu jaga penampilan. Bila ada konsert atau acara besar, saya akan bersenam. Apabila tamat acara berkenaan, saya akan let go. Saya tak tinggi, jadi berat badan saya sekitar 45 hingga 46 kilogram sahaja,” katanya kepada Gempak.

Dayang berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Konsert ByAjai & Mega Friends pada Rabu.

Dayang menambah, dia turut menjalani pemeriksaan secara berkala dan kesihatannya juga berada dalam keadaan baik.

“Saya ni jenis suka makan, tetapi saya ambil dalam kuantiti yang sedikit. Cuma saya tidaklah amalkan diet seperti intermitent fasting sebab saya perlu makan dengan kerap.

“Tambahan pula saya suka makan nasi dan manisan. Jadi, apabila sudah makan, saya kena exercise lah,” katanya lagi.

Ditanya mengenai penglibatannya dalam konsert bersama Ajai, Dayang berkata, dia berasa sangat teruja memandangkan lagu-lagu ciptaan komposer itu yang dirakamkannya menjadi antara karya malar segar yang masih diminati peminat.

“Tentulajh saya berasa teruja, apatah lagi dia merupakan pencipta lagu yang membuatkan orang ramai mengenali saya.

“Ajai merupakan seorang yang sangat passionate. Sehingga kini, saya masih mahukan khidmatannya sebagai komposer. Dalam album baharu saya nanti akan ada lagu Ajai,” tutup Dayang.

Selain Dayang, konsert ini bakal dimeriahkan dengan kehadiran Aina Abdul, Hazama, Hafiz Suip, Aufahanie dan Ajai sendiri.

Konsert ByAjai & Mega Friends bakal berlangsung pada Sabtu, 3hb Ogos, 2024 di Megastar Arena Kuala Lumpur dibawakan khas oleh Menara Network Sdn Bhd.

Tiket-tiket konsert boleh dibeli secara online di WWW.TICKET2U.COM.MY bermula hari ini.

BERITA TRENDING: Lunak Vokal & Gedik Malu Bersatu, Konsert Belagu ‘Persandingan Cocok’ Dayang Nurfaizah…

BERITA TRENDING: “Duk Perati Pinggang Dayang… Berapa Inci Agaknya Tu?” - Penampilan Dayang Nurfaizah Pada Malam Akad…