gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Nasihat Aliff Syukri Untuk Suami Isteri Berdepan Masalah Rumah Tangga - “Perempuan Kalau Dah Kecewa & Marah…”
HIBURAN
Elizabeth Tan Dedah Sanggup Berjaga Malam Kerana Ini - "Memang Addictive!"
BERITA
1,500 Kanak-Kanak Sertai Program Haji Kids Peringkat Negeri Melaka 2025
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

“Saya Sunyi Bila Emma...”- Chacha Maembong

gempak
Azwa Rahman
25/09/2020
14:54 MYT
Sponsor Banner
“Saya Sunyi Bila Emma...”- Chacha Maembong
Pelakon Chacha Maembong mengakui kehidupannya kini sunyi selepas kakak yang dianggap sebagai rakan baik iaitu Emma Maembong telah mendirikan rumah tangga.
Menurut Chacha, dia banyak sibukkan diri dengan kerja dan kehidupan sendiri bagi melupakan kesunyiannya.
“Saya rapat dengan Emma, jadi bila dia kahwin, saya dah tiada kawan baik. Tapi benda tu tiada memberikan kesan sebab kita jumpa hari-hari.
“Cuma sekarang bila jumpa, dah lain la sebab bila dah kahwin, automatik kita akan jadi matang. Jadi, dah tiba masanya untuk saya kesunyian,” ulas Chacha kepada Gempak.
Chacha ditemui pada majlis pelancaran Perfect Look hasil kerjasama syarikatnya CM Secrets dan Elysyle di Hotel Armada, Petaling Jaya pada Rabu.
Tambah Chacha, tinggal dia bersendirian sebagai anak bongsu membuatkan dia mahu berubah dan lebih memikirkan masa depan.
“Saya kan bongsu, jadi bila bongsu masa Emma belum kahwin dulu, kita selalu rasa ada kakak yang mempertahankan bila kita buat hal.
“Tapi sekarang bila sekali balik rumah, semua dah kahwin, memang sunyi. Sedih tapi inilah masanya saya fokus pada hidup dan kerja.
“Dulu saya tak fokus pada hidup. Kini bila sunyi, saya sibukkan diri dengan kerja.
“Keluarga saya semua dah kahwin, saya sorang je yang belum. Jadi bila saya sorang je belum, saya fikir tak boleh main-main dah. Semua dah ada kehidupan masing-masing, saya keseorangan.
“Bila sorang, saya kena jadi manusia yang ada hala tuju, ada masa depan dan fokus pada kerja,” jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#Emma Maembong
#Emma Maembong
#ChaCha Maembong
#Pasangan selebriti
Must-Watch Video