Terkini
“Saya Tahu Saya Masih Dalam Pantang, Tapi…”- Elfira Loy Keluar Rumah Demi…
Pelakon Elfira Loy akui terpaksa keluar dan menghadiri majlis anugerah SME Entrepreneurship Business Award 2019 (SEBA Awards 2019) mesikpun masih dalam pantang.
Menurut Elfira, dia tidak mahu melepaskan peluang untuk menerima anugerah penting dalam kerjayanya.
“Saya tahu saya masih dalam pantang tapi saya tak mahu melepaskan peluang ini! Terima kasih kerana memilih saya untuk menerima anugerah ini pada tahun ini.
“Saya sangat bersyukur dengan pengiktirafan ini dan extremely honored to be receiving such an important award. Thank you SEBA Awards 2019,” katanya.
Elfira berkongsi keterujaannya itu di di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama anugerah tersebut ketika menghadiri acara itu bersama suaminya, Muhamad Faris Khairol Anuar.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengucapkan tahniah kepada Elfira.
Elfira baru sahaja melahirkan cahaya mata pertamanya, Mohd Rayaan Khalaf pada 1 Oktober lalu.
Pelakon itu dan suami mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019.
Must-Watch Video