Aktor popular, Zul Ariffin terbuka untuk digandingkan berlakon dengan mana-mana influencer atau instafamous.

Menurut Zul, dia percaya bahawa tiada pelakon yang terus berada di puncak kerjaya hanya dalam masa yang singkat.

"Saya tak ada masalah untuk berlakon dengan influencer atau instafamous, lagipun ramai antara mereka terdiri daripada wanita.

"Kebiasaannya, tanggungjawab watak utama akan lebih berat pada pelakon lelaki, jadi saya rasa tiada masalah.

"Saya tak kisah walaupun seseorang pelakon yang digandingkan dengan saya itu pertama kali datang ke set sekalipun, kerana tiada pelakon yang terus top hanya dalam setahun atau dua tahun pertama penglibatan dalam dunia lakonan," katanya.

Dalam pada itu, Zul juga mementingkan nilai sesebuah kerjasama dengan pelakon lain.

"Saya sentiasa pentingkan kerjasama, saya juga terbuka untuk bekerjasama dengan mereka (influencer & instafamous)

"Saya yakin, mesti banyak perkara yang mereka mahu belajar lebih lagi," katanya lagi.

Dalam perkembangan terbaru, Zul kini membintangi drama bersiri Love Elsa yang turut menampilkan Uyaina Arshad, Riz Amin, Mona Allen, Ramona Zam Zam dan ramai lagi.

Drama arahan Michael Ang ini ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, 10 malam di Astro Ria menerusi slot Megadrama.

Ia juga boleh distrim menggunakan aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.