Berita
"Saya Tak Ada Mencari Pasangan Hidup" - Rashidi Ishak Akui Ada Keluar 'Date' Tapi....
Pelakon Rashidi Ishak memberitahu bahawa dia belum mempunyai hasrat untuk mencari pengganti teman hidup buat masa sekarang.
Begitupun, kata Rashidi, 47, dia mengakui bersifat terbuka untuk berkenalan dengan mana-mana wanita di luar sana sebagai rakan.
"Saya tak ada mencari pasangan hidup. Saya ini mempunyai kelompok kawan-kawan yang tak ramai. Jadi, saya rasa ada bagus untuk saya untuk tambah lebih ramai kenalan.
"Ada keluar 'date', kenal-kenal tu ada. Bagus sebenarnya apabila kita dapat berborak dengan stranger (orang luar), tapi ia bukanlah hubungan romantik," katanya seperti yang dilaporkan HLive!
Terdahulu, Rashidi menerusi akaun Twitternya juga seolah-olah memberi gambaran sedang mencari pasangan hidup apabila dikatakan memuat turun aplikasi mencari pasangan, Tinder.
Sebelum ini, Rashidi mendirikan rumah tangga dengan aktres Vanidah Imran, 47, pada 1 Oktober 2000.Hehehehe pic.twitter.com/LtZOZfcvbo— Rashidi Ishak (@rashidi_ishak) March 11, 2020
Bagaimanapun, hubungan tersebut terlerai pada 9 Ogos 2018 selepas 17 tahun mereka bersama.
Hasil perkahwinan pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Imran dan Mariyam Rashika.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).
Must-Watch Video