Laman Utama
"Saya Tak Beritahu Keluarga..." - Tuju Kongsi Pengalaman Datang KL Tanpa Duit Poket!
Penyanyi dan anggota kumpulan K-Clique, Tuju berkongsi tentang detik sukar yang pernah dialami sewaktu ketika dahulu.
Menurut Tuju, disebabkan mahu mengubah nasib, dia memberanikan diri berhijrah ke Kuala Lumpur meskipun tidak mempunyai wang poket ketika itu.
"Saya berhijrah ke ibu kota tanpa beritahu keluarga, saya hanya cakap saya ada undangan persembahan sahaja.
"Ketika itu saya memang tiada duit, poket saya kosong disebabkan membayar deposit rumah dan sebagainya," katanya baru-baru ini.
Tambah Tuju, dia berbuat demikian kerana menyedari kepentingan keluar zon selesa demi mengubah nasib hidup.
"Memang ada waktu saya sedih ketika itu hingga setiap malam saya menangis tepi tingkap.
"Tidak dinafikan tempat asal saya Kota Kinabalu memang selesa, tetapi saya kena keluar dari zon selesa untuk ubah hidup," katanya lagi.
Bagaimanapun, segala keperitan yang dilalui itu membuatkan Tuju lebih menghargai apa yang dimilikinya hari ini.
"Sekejap sahaja saya kini bergelar seorang bapa, apapun saya bersyukur dengan apa yang saya sudah lalui dan peroleh hari ini," tambahnya.
Dalam perkembangan terbaru, Tuju kini tampil dengan lagu ciptaannya berjudul Jiwa Pusing.
Difahamkan, lagu terseut diinspirasikan daripada detik sukar yang pernah dialaminya itu, jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendengarnya!
Must-Watch Video