Viral
"Saya Tak Boleh Ingat Apa Yang Berlaku" - Aliff Aziz Buka Mulut, Katanya Nak 'Move On'
Penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura yang ditahan pihak berkuasa kerana menimbulkan kekecohan di tempat awam baru-baru ini, Aliff Aziz akhirnya bersuara.
Menerusi rakaman video oleh ibunya, Siti Hafiza Sheikh Mohamad, kata Aliff dia tidak perlu menceritakan perkara sebenar memandangkan pelbagai spekulasi telah tercetus.
Baginya, peristiwa yang berlaku dalam hidupnya sepanjang tahun ini benar-benar menguji mental dan fizikalnya.
"Terima kasih kerana mendoakan yang positif dan cakna tentang apa yang berlaku. Tahun inni banyak pengajaran yang saya pelajari dan harap akan menjadi lebih kuat.
"Apa yang berlaku pada saya ketiak itu saya tak boleh ingat. Rasanya tak perlu saya nak terangkan banyak-banyak sebab banyak benda sudah keluar.
"Selagi saya masih hidup, saya akan terus belajar dan memperbaiki diri," katanya.
Ahad lalu memetik laporan BERITAmediacorp, penyanyi itu ditahan Pasukan Polis Singapura sekitar pukul 6.40 pagi di kawasan Orchard Road kerana mengganggu ketenteraman awam dalam keadaan mabuk.
Dalam kejadian itu, Aliff didapati bergaduh dengan seorang lelaki dan ditangkap di bawah Seksyen 14(2)(b) Akta Kawalan Arak.
Tambah Aliff lagi dia mengharapkan ganjaran di akhirat atas dosa individu yang bercakap buruk di belakangnya sepanjang hayat.
"Kita tak nampak dosa dan pahala kita tetapi saya mengharapkan ada ganjaran di akhirat nanti walaupun bukan atas kebaikan yang kita buat.
"Tetapi kerana ramai yang bercakap buruk di belakang saya," tambahnya.
Must-Watch Video