Pelakon Raja Ilya akui ia pengalaman yang tak dapat dilupakan apabila pertama kali menyambut Syawal di Perth, Australia bersama suami.
Menurut Ilya, sepatutnya dia dan suami, Trent Garret pulang berhari raya namun disebabkan penularan wabak COVID-19 mereka terkandas.
“Sebenarnya tak sangka kami akan sambut Raya di sini kerana ikut pernacangan awal kami akan pulang Syawal ini.
“Tapi disebakan apa yang berlaku ini kami terkandas, bagaimanapun seronok juga beraya disini meskipun tiada seorang orang Melayu atau Islam pun yang menyambut bersama saya disini,” katanya.
Ilya dihubungi Gempak yang ketika ini berada di Perth, Australia.
BACA: “Serius Nervous Masa Masak, Takut...”- Aidilfitri Di Perth, Raja Ilya Pertama Kali Masak Juadah Raya
Kata Ilya, untuk merasakan suasanan Aidilfitri di sana dia cuba memasak juadah Raya biarpun ia pertama kali.
“Semuanya pertama kali, saya masak redang ayam dan daging pada malam raya.
“Lebih gementar lagi saya masak untuk tetamu yang pertama kali merasa masakan Melayu.
“Bagaimanapun Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Cumanya rendang saya beza sedikit sebab saya tidak letak cili langsung pun.
“Ini kerana keluarga Trent dan orang disini tidak makan pedas dan saya bimbang mereka tidak boleh makan,” katanya lagi.
Ilya mendirikan rumah tangga dengan Trent Garret yang merupakan jejaka berasal dari Australia itu pada 23 Disember 2018 dalam sebuah majlis ringkas di Perth, Australia.