Penyampai radio baharu Sinar, Elizad Sharifuddin akui tidak kisah jika dirinya dibandingkan dengan penyampai radio terdahulu.

Menurut Elizad yang kini mengendalikan segmen Duo Sinar bersama Hefny Sahad, segala kritikan akan diterima dan cuba untuk bekerja keras serta mencari identitinya sendiri.

“Ini percubaan baharu bagi saya. Saya ingin mencabar diri saya dalam bidang ini kerana saya memang seorang yang suka bercakap.

“Bagi saya, mana-mana kerja pun jika kita menggantikan tempat orang, secara tidak langsung kita akan dibandingkan.

“Tapi saya tak melatah kerana saya seorang yang memenitingkan kerja yang saya lakukan dan yang penting saya akan cuba jadi diri saya sendiri.

“Saya akan menjadi seorang penyampai yang bertenanga dan ceria. Insya-Allah perlahan-laha orang boleh menerimanya,” katanya kepada Gempak.

BACA: Elizad & Hefny Penyampai Baharu Stesen Radio Sinar

Terdahulu slot stesen Sinar jam 3 hingga 7 petang telah dikendalikan oleh Saleh Yaakob dan Adli Fashla dalam Santai Sinar.

Kini, segmen baharu Duo Sinar telah bermula pada Isnin, 15 Julai lalu dengan menampilkan Elizad dan Hefny.

Sementara itu, Hefny akui mudah untuk mendapatkan chemistry mengendalikan segmen tersebut bersama Elizad kerana pelakon tersebut sangat memberi kerjasama.

“Sebenarnya kami masih baharu dan tidak dinafikan masih mencari chemistry juga.

“Tapi Elizad memang sangat-sangat membantu dan sempoi untuk kami sama-sama menjayakan segmen Duo Sinar bersama.

“Jadi tidak masalah untuk bekerjasama dengannya dan kami akan cuba yang terbaik untuk segmen ini bersama,” katanya.

Pasangan ini bergabung dalam Duo Sinar yang keudara setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 3 hingga 7 petang.

Siapa agaknya yang Abil rasa terkeluar minggu ni untuk program #MuzikalLawakSuperstar? #DuoSINAR

A post shared by SINAR (@sinar_my) on