Laman Utama

“Saya Tak Pandai Cakap Arab, Nasib Baiklah Ada Yang Bantu” - Datuk Nash Kongsi Pengalaman Urus Jenazah Di Tanah Suci

gempak
Mya Amri
23/06/2022
23:51 MYT
Sponsor Banner
“Saya Tak Pandai Cakap Arab, Nasib Baiklah Ada Yang Bantu” - Datuk Nash Kongsi Pengalaman Urus Jenazah Di Tanah Suci
Penyanyi Datuk Nash berkongsi pengalaman menguruskan jenazah sewaktu berada di Tanah Suci Makkah.
Menurut Nash, antara kesukaran yang dihadapi adalah dari segi komunikasi namun segalanya dipermudahkan Allah.
“Alhamdulillah banyak pengalaman yang saya dapat dekat sana. Antara pengalaman saya adalah menguruskan jenazah.
“Jenazah seorang wanita dan suaminya saya kenal di sana. Dia menyapa saya dan bercerita tentang isterinya yang koma.
“Allah jemput isterinya pada 1 Ramadan. Betul-betul pada 1 Ramadan itu isterinya meninggal.
“Jadi kalau nak ceritakan tentang kesulitan semasa berada di sana, saya tidak pandai bercakap Bahasa Arab begitu juga suaminya.
“Nasib baiklah Allah permudahkan semuanya, saya kenal orang di sana yang memang bertutur dalam bahasa Arab.
“Orang Melayu tapi Arab, jadi dialah yang bantu saya semua, pada malam itu juga saya pergi ke Jeddah, uruskan.
“Bila pergi ke Jeddah orang sana kenal saya. Alhamdulillah Allah permudahkan untuk jenazah,” kongsinya.
Nash berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran Kempen Haji TV Alhijrah baru-baru ini.
Mengulas mengenai TV Alhijrah, Nash memberitahu amat menyukai program-program Islamik yang dipaparkan.
“Saya teringat pada program-program sebelum ini antaranya Jejak Rasul dan program seperti ini memang mendapat sambutan yang sangat hebat,” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024