Berita Tempatan "Saya Tak Perlukan Harta, Saya Tak Perlukan Emas Permata, Apa Saya Perlu Hanyalah..." - Wah! Sweetnya Ucapan Anniversary Nita Hamzah Buat Suami ZULHILMI JALIL 30/04/2020 | 14:32 MYT Bismillahirrahmanirrahim Allahumma inni as-aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wal ‘amala alladzi yubalighuni ilaa hubbika. Hari ini 29/04/2020 genaplah 2 tahun perkahwinan kami... Alhamdulillah syukur ya Allah... Saya amat bersyukur dikurniakan Allah SWT seorang lelaki seperti awak! Jika ditakdirkan masa dapat diundurkan semula, saya tetap akan berdoa supaya Allah SWT hantarkan awak sekali lagi untuk menjadi lelaki paling gah di dalam hidup saya buat selamanya. Saya tidak perlukan harta. Saya juga tak perlukan emas pertama. Apa yang saya perlu hanyalah kehidupan penuh sederhana bersama satu-satunya suami yang saya cinta. Cinta awak pada saya jauh lebih hebat dan bernilai dari harta, emas dan pertama kerana cinta awak itu boleh buat saya rasa penuh bahagia sampai bila-bila. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Selamat ulangtahun perkahwinan yang kedua tahun syurgaku @iam_aiesnita semoga hubungan kita hingga ke Jannah... Amin YRA A post shared by Nita Hamzah Official (@nitahamzah) on Apr 28, 2020 at 9:11am PDT Topik Berkaitan #Suami #Nita Hamzah #Anniversary Must-Watch Video Read more