Sambutan hari jadi merupakan satu acara yang sering disambut oleh kebanyakan daripada kita. Selain berkumpul bersama teman dan keluarga, sambutan hari jadi juga menjadi penanda pertambahan usia.

Begitulah yang mungkin dirasakan oleh seorang Youtuber dari Malaysia, Jasmine dan Kvin. Sempena dengan usia anak lelaki mereka, Enzo, yang sudah memasuki angka satu tahun, Jasmine dan suami mengadakan sebuah sambutan hari lahir secara besar-besaran.

Diadakan di sebuah villa, sambutan tersebut juga dilengkapi dengan sistem bunyi, bahagian pencuci mulut dan juga mesin claw. Selain itu, terdapat juga playground untuk rakan-rakan anaknya bermain.

Menerusi Instagram Story Jasmine, dia menghabiskan sekitar RM50,000 untuk menjayakan majlis hari jadi anaknya itu. Berikut merupakan huraian harga untuk majlis berkenaan:

Dekorasi (RM30,000)
Buffet (RM3,000)
Kereta buggy (RM1,500)
Gula-gula kapas (RM300)
Mesin claw (RM1,000)
Hadiah-hadiah (RM2,000)
3 hari di villa (RM6,600)
Jurugambar (RM2,000)
Anak patung (RM1,000)

“Saya masih ingat wang saya selalu ditolak daripada akaun, dan ia sekitar RM50,000,” katanya.

Youtuber itu berkata, tidak pernah terlintas di fikirannya yang dia akan berhabis sebanyak itu demi hari jadi anak. Pada asalnya, dia hanya mahu menjemput rakan-rakannya sahaja ke majlis tersebut. Namun, dia berubah fikiran kerana mahu memberikan anaknya yang terbaik.

“Sebab saya tak pernah rasa sambutan (hari jadi) yang besar, dan ia sekali seumur hidup, jadi saya putuskan untuk adakan buat Enzo,” katanya lagi.

Sumber: Instagram Jasmine, WorldOfBuzz

BACA: [VIDEO] Happy Birthday Lee Min Ho! Peminat Usik Panggil Ayang & Suami, Siap Beri Hadiah Penuh Satu Bilik​

BACA: “Reza Pergi Healing Dengan Aizril Ke Tu” - Sharnaaz Wish Birthday Untuk Shukri Yahaya, Tapi Komen Netizen Pula Yang Lucu​