,
Laman Utama

"Saya Tak Sabar!"- Neelofa Hos Open House Pertama Airbnb, Bakal Masak Resepi Keluarga Kepada Tetamu!

Amri Hassan
11/05/2023
09:30 MYT
Pengacara terkenal Neelofa bakal bekerjasama dengan Airbnb menerusi penganjuran rumah terbuka pertama sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Mengalu-alukan kedatangan tetamu ke salah sebuah penginapan Airbnb kegemarannya yang mesra keluarga di luar bandar Selangor, Neelofa akan mengendalikan acara terbabit bersama superhos Airbnb tempatan, Susean dan Izu.
Tetamu akan berpeluang menghayati keindahan alam semula jadi dan keramahan hos-hos Airbnb, termasuk sesi memasak yang mengujakan bersama Neelofa.
Neelofa akan berkongsi cara menyediakan hidangan Aidilfitri yang lazat, yang diilhamkan daripada salah satu resipi keluarganya.
"Raya merupakan masa yang paling penting dan bermakna buat saya dan keluarga. Sempena Aidilfitri ini, saya amat berbesar hati untuk menjadi Hos Airbnb dan mengehos Rumah Terbuka Airbnb yang pertama di salah satu penginapan Superhos kegemaran saya di luar bandar.
"Saya tidak sabar untuk berkongsi dengan tetamu suasana penuh kemesraan dan keramahan yang merupakan bahagian penting dalam perayaan keluarga saya sendiri, serta memasak bersama mereka," katanya.

Perlu cari ruang rai Aidilfitri

Sementara itu, kata Pengurus Besar Airbnb Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan, Amanpreet Bajaj berkata adalah penting untuk mencari ruang yang sesuai bagi meraikan Aidilfitri saban tahun.
"Hari Raya Aidilfitri merupakan antara perayaan paling penting setiap tahun, dan kami tahu pentingnya mencari ruang yang sesuai untuk meluangkan masa serta meraikan perayaan ini bersama orang tersayang.
"Bersama Neelofa dan dua Superhos tempatan kami Susean dan Izu, kami berharap Rumah Terbuka pertama kami dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mencipta dan menikmati detik terindah bersama orang tersayang," ujarnya.

Sekebun Bunga

Terletak kurang dari satu jam dari Kuala Lumpur, Sekebun Bunga menawarkan percutian bertemakan alam semula jadi yang indah untuk tetamu beristirehat dan mengeratkan silaturahim dengan orang tersayang.
Vila ini dilengkapi dengan tiga bilik tidur yang selesa dan satu dapur yang serba lengkap, dikelilingi hutan yang subur dan aliran sungai yang mendamaikan.
Para tetamu boleh menikmati waktu petang yang tenang sambil menerokai kawasan itu, atau berehat bersama orang yang tersayang di gazebo taman bunga vila tersebut.
Rumah Terbuka Airbnb akan berlangsung selama dua malam dari 20 hingga 22 Mei 2023.
Penginapan sekali sahaja (one-off) ini boleh memuatkan sehingga tujuh orang tetamu, dan boleh ditempah pada harga istimewa RM100* sahaja.
Harga ini akan dipaparkan di penyenaraian (listing) tersebut apabila tempahan dibuka di airbnb.com/rayawithneelofa pada Isnin depan, 15 Mei 2023, tepat pada jam 9 pagi – tempahan terdahulu akan diutamakan!
*Harga adalah sebelum yuran tambahan dan cukai. Penginapan dua malam ini bukanlah satu pertandingan atau contest.
**Airbnb menggalakkan perjalanan yang selamat dan bertanggungjawab. Tetamu yang ingin membuat tempahan harus ambil perhatian bahawa mereka mesti mematuhi Peraturan Rumah yang disenaraikan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adik Neelofa Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki!

gempak
17/11/2024
08:55 MYT
Adik lelaki kepada pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa iaitu Mohamed Aqief bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Hiburan

Syarikat Stesen TV Didakwa Tak Bayar Gaji Pekerja, AC Mizal Tampil Beri Respons – “Kami Mempunyai Semua Bukti”

gempak
15/11/2024
04:05 MYT
Pelakon dan pengacara, AC Mizal tampil memberi respons dakwaan syarikat stesen televisyen miliknya mempunyai tunggakan bayaran gaji terhadap pekerja seperti yang heboh baru-baru ini.
Hiburan

Dalam Diam Rupa-Rupanya Qi Razali Sudah Bertunang, Bakal Nikah Tahun Depan - “Dia Orang Industri Tetapi…”

gempak
28/10/2024
13:25 MYT
Pelakon dan pengacara, Qi Razali mendedahkan dia kini bergelar tunang kepada seseorang wanita sejak Hari Raya Aidilfitiri lalu.
Hiburan

“Itu Tanggungjawab Semua Lelaki, Bukan Saya Sahaja” - Haris Ismail Komen Tentang Urusan Bil & Perbelanjaan Rumah

gempak
21/10/2024
21:55 MYT
Pendakwah selebriti dan usahawan, Haris Ismail menyifatkan tugas pembayaran bil serta perbelanjaan rumah adalah tanggungjawab semua lelaki.
Hiburan

“Rumah Tangga Saya Baru Setahun Jagung, Banyak Belajar Selepas Kahwin” - Neelofa

gempak
21/10/2024
06:32 MYT
Pelakon, Noor Neelofa mengakui dirinya masih tidak layak untuk berkongsi tip rumah tangga kerana menganggap usia perkahwinan yang dibina bersama suami, Hariz Ismail masih baharu.
Unitar