,
Laman Utama

“Saya Tak Sanggup Mempertaruhkan Nyawa Saya..” - Anak-Anak Pasangan Aktres & Aktor Buat Laporan Polis Tolak Suntikan Vaksin

Gempak
30/08/2021
16:00 MYT
Dua orang anak pasangan pelakon membuat laporan polis bagi menyatakan hak mereka untuk menolak suntikan vaksin yang akan dilaksanakan terhadap pelajar sekolah.
Azrell Omar Azri Iskandar, 17, bersama adik perempuannya, Nur Azreen Omar Iskandar Azri Iskandar, 12, dan seorang rakan Muhammad Hanif Haikal Jeffery, 17, membuat laporan itu di Balai Polis Taman Melawati pada Isnin.
Azrell Omar serta adiknya ditemani ibu mereka, Ellie Suriaty ketika membuat laporan polis berkenaan.
Memetik laporan Harian Metro, Azrell Omar membuat keputusan untuk membuat laporan polis kerana tidak mahu mengambil vaksin atas alasan bimbang sekiranya berlaku perkara tidak diingini terhadap dirinya.
“Apa yang berlaku terhadap saya selepas menerima vaksin, semuanya atas tanggungan saya sendiri. Justeru itu, saya berhak menolak daripada menjadi bahan eksperimen dengan dicucuk vaksin.
"Saya pelajar yang sihat tubuh badan dan tidak sanggup mengambil sebarang risiko yang boleh mendatangkan mudarat terhadap tubuh badan saya melalui suntikan vaksin ini yang masih lagi di tahap ujian klinikal.
"Saya tak sanggup mempertaruhkan nyawa saya untuk ujian klinikal ini kerana ada pelbagai kaedah mencegah COVID-19 iaitu melalui cara perubatan homeopati holistik, makanan sunnah yang keluarga saya amalkan bagi mencegah penularan," jelasnya.
Tambah Azrell Omar lagi, dua minggu lalu dia menerima borang daripada gurunya untuk mendapatkan vaksin.
"Dalam borang berkenaan, kami diberitahu bahawa tiada siapa yang akan bertanggungjawab sekiranya berlaku implikasi akibat pengambilan vaksin.
"Setakat ini, mereka tidak memaklumkan ada tindakan lanjut akan dikenakan sekiranya tidak mengambil vaksin," ujarnya lagi.
Menurutnya, dia hadir bagi membuat laporan tersebut dengan kerelaan sendiri selepas menilai maklumat yang dibaca dan tidak dipaksa oleh mana-mana individu.
Azrell Omar juga memaklumkan semua ahli keluarganya belum mengambil vaksin sehingga kini.
"Saya ambil semua maklumat berkaitan vaksin dan COVID-19 daripada Internet termasuk membaca berita dari luar negara selain maklumat daripada ibu saya, ahli keluarga serta kenalan.
"Dari situ saya menilai sendiri maklumat diperoleh dan membuat keputusan untuk menolak disuntik vaksin," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat individu berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

#GTheUntoldStory: Hawra Uqaira, Penyeri Hidup Kamal & Uqasha

gempak
06/07/2024
03:55 MYT
Selami perasaan Uqasha dan Kamal mengenai Hawra Uqaira, cabaran bergelar ibu dan bapa dan perancangan karier pada masa depan.
Berita

“Tunggu Aku Balik” - Sahabat Kenang Kata-Kata Terakhir Acap

gempak
19/05/2024
08:55 MYT
Begitu kata-kata terakhir yang diterima daripada Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar oleh sahabatnya, Mohammad Fakhrul Syakirin menerusi satu panggilan video sebelum pergi bertemu Ilahi.
Viral

Guna Taktik ‘Baki Tak Cukup’ Nak Elak Bayar, Pemandu E-Hailing Ugut Bawa Penumpang Pergi Balai Polis

gempak
24/03/2024
21:00 MYT
Kewujudan pengangkutan awam seperti e-hailing sememangnya membantu memudahkan orang ramai yang tidak mempunyai kenderaan persendirian bergerak ke satu tempat yang lain.
Laman Utama

Jodoh Di Balai Polis, Mamat Imbas Detik Perkenalan Dengan Isteri- “Saya Balas Pertolongan Dengan Perkahwinan”

gempak
09/11/2023
07:55 MYT
Siapa sangka jodoh bertemu di balai polis.
Laman Utama

G-Dragon Beri Keterangan Kepada Polis Kes Dadah, Air Kencing & Rambut Diuji

gempak
07/11/2023
14:55 MYT
G-Dragon hadir ke balai polis beri keterangan